CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

Org lain guna ok, but saya tidak... pftttt


I'm sure most of you pernah dengar tentang keberkesanan, kebagusan, keterreran produk Safi Rania Gold kan? Ye, mmg ramai yg tahu punyalah. Disebabkan ramai yg bagi feedback bagus untuk produk tu, so saya pun dengan semangat berkobar-kobar nak mencubanya jugak.

2 minggu lepas saya pun beli produk SRG ni dekat Tesco, bukan complete set pun. Yg saya beli gel pembersih, toner, moisturizer & krim kontur mata. Lepas 2 hari saya guna, naik bintik-bintik jerawat halus dekat bahagian anak rambut. Dalam masa yg sama, saya juga try Serum yg di recommend kan oleh sorang kawan saya. Produk from Neutical, Serum for Open pores, scars & Scar Potion. Saya fikir mungkin tu salah satu simptom dan akan baik dalam tempoh 5 hari. So, saya teruskan penggunaan kedua-dua produk berkenaan. Masuk hari ke empat, muka saya start dari bahagian rahang sampai ke dagu jadi gatal-gatal dan macam kering terkelupas. But, saya masih fikir tu mungkin simptom ringan saja. Tapi bila ada satu hari tu en.suami tegur, katanya muka saya naik biji-biji kat pipi macam rashes, saya dah start risau. Adik saya pun cakap benda yg sama, muka saya macam menggerutu. Jerawat takde, tapi permukaan kulit tu tak licin. Start dari haritu saya stop guna toner & moisturizer SRG dan juga serum & potion, tapi masih terus menggunakan gel pembersih. Masalah gatal muka masih berterusan. Makanya cukup seminggu saya guna produk tu, saya pun terus stop semua. En.suami saya yg suruh saya berhenti guna, takut melarat macam dulu, keluar jerawat berketul-ketul kat muka. Cukup lah saya sengsara selama setahun lebih gara-gara muka berjerawat dulu.

Jadinya, skrg dah seminggu saya stop SRG dan hilang sudah rasa gatal merenyam dekat muka saya ni. Now saya continue dengan my miracle Cetaphil Gentle Cleanser dan Neutrogena Skin Combination Moisturizer. Tak kisah la guna 2 produk ni pun takpe, dah mmg jodoh kulit muka saya dengan dia saja. Hahaha. Tunggu kulit saya berehat dalam tempoh 2 minggu ni, lepas tu saya akan cuba guna semula serum yg ada. Sayang serum beli mahal-mahal tapi tak guna. If mmg betul kulit saya tak sesuai dgn serum tu baru saya fikir utk let go pada sesiapa yg sudi. Hehehe.

Kulit muka saya teramatlah sensitif dan tak boleh suka-suka nak try sebarangan produk. Ada kawan saya suggest ambik injection dekat pakar kulit utk selesaikan masalah kulit sensitif saya ni. Tapi memandangkan kos sekali injection tu dah RM250, so saya lupakan dulu hasrat tu.

Blue Sky :)

 I love this pics :), taken by Danish when we went to clean our new house :)
It's a government quarters actually and it is an apartment :)
Will post more pics afterwards :)


Haha, jangan terperanjat ye, ini bukan makhlus halus :p
This is my anak dara, pics also snap by my son, Danish :)

Wednesday, January 4, 2012

Naik sekolah lepas 6 minggu cuti

Fuhhh... diam tak diam sekejap je anak bujang saya dah naik darjah 2. Rasa macam baru je saya cerita Danish 1st day at school last year. Tapi harini dia dah start sekolah in standard two. Wahhhh... anak mommy dah besar!!!

Kalau last year saya ambik cuti 3 hari utk hantar & tgk progress dia dekat sekolah macam mana. Tapi tak sempat habis 3 hari cuti pun, hari kedua saya tgk dia dah ok so saya cancel cuti hari ke tiga. Tahun ni saya dan suami tak bercuti, sebab dia still di sekolah yg sama. Dah tahu surrounding macam mana, so kami pun let him go. Danish dah besar, boleh berdikari sendiri. Saya dah hubby pun taklah risau sgt.

Alhamdulillah, Danish still in the same class. Nasib baik tak kena turun kelas. Result periksa hujung tahun last year dia dapat Band 4. Saya belum buat kaji selidik lagi apa BAND tu. Tapi ada la info sikit-sikit yg saya dapat dari kawan yg saya jumpa masa nak ambik buku teks Danish beberapa hari lepas. Band paling bagus is Band 6 - Cemerlang, paling teruk Band 1 - corot. So, kedudukan Danish terletak kat tengah-tengah la kiranya. Band dikira dari keseluruhan aspek seseorang murid terhadap sesuatu pelajaran. Bukan setakat masa jawab periksa saja, tapi dari segi pembawakan seorang murid di dalam kelas utk subjek-subjek tertentu. Dari segi perangai, usaha, tumpuan dalam kelas, penglibatan diri, etc etc etc... semuanya akan diambil kira dan dinilaikan tahap BAND berapa murid tersebut. Nanti saya akan selidik lagi dengan pakcik google tentang sistem KSSR Band ni ye.

Hmmm... Buku teks & buku tulis semua dah ready sebelum naik sekolah. Itupun baru malam tadi saya tulis nama & sampul bukunya. Hahaha. Nasib baik sampul buku sekarang segera, tak perlukan gunting & selotape lagi. Jimat masa. Hehehe. Bukan macam zaman dulu saya sekolah, still guna manual plastik utk sampul buku :) Tahun ni masuk sekolah cuma perlukan duit buku saja, yuran semua tak dikutip melainkan yuran PIBG. Tapi itu pun dikutip lepas PIBG mesyuarat. Mmg banyak jugak jimatnya. Macam tahun lepas, bayar yuran saja nak dekat RM100, but this year 0, tiada yuran yg perlu dibayar. Bersyukur sangat sebab kerajaan tanggung semuanya :)

Kita jalan-jalan ke Melaka - Day 2 & 3

Sebenarnya entry ni dah duduk kat dlm draft folder agak lama, tak sempat nak edit & publish. Dah agak basi nak cerita pasal jalan-jalan Melaka kan. Dah dekat 3 minggu pun balik dari Melaka, still tak sempat nak menghabiskan story. So, harini ada masa sikit time lunch kat office so kita publish terus la ye. Anyway, kali ni quick update. Kita tgk gambar saja ye. Cerita tu sikit-sikit je.


2nd day at Melaka, dah tengahari baru start enjin. Lepas park kereta kat Mahkota Parade, had quick lunch at Food Court Dataran Pahlawan Mall and then kami jalan kaki ke A Famosa.
Nak makan kat sana pun kena tunggu lama. Orang punya la ramai sampai takde tmpt nak duduk.


3 of us, ayahnya of course la tak masuk dlm gambo sbb dah dia yg tukang amek gambonya...

Tmpt org campak duit kat atas bukit A Famosa.

Gigih pegang payung sampai kemek-kemek payung tu sbb angin kuat sgt tp tetap nak amek gambo jugak...

View from the hill

View from top of the hill


Gila tinggi nak naik atas bukit ni, semput mak daki tangga dari bawah sampai atas tau...
Tapi time nak turun tu relaks la kan.. 

Muzium Kesultanan Melayu, nak masuk kena bayar tiket. Lupa pulak berapa.

Banyak pameran pakaian, dari kurung tradisional ke pakaian kesultanan.


View from the outside


Naik beca from A Famosa to Jonker Street - RM10 utk satu beca. Kami naik 2 beca = RM20
Baik naik teksi lagi murah... hahaha... tapi sebab nak bagi anak-anak merasa naik beca + dah penat naik turun tangga dekat A Famosa tu, so naik la jugak. Hehehe

Saya duduk beca yg depan tu dgn anak dara, beca yg belakang ni hubby duduk dgn anak bujang dia. Sebelum pegi Jonker Street, kami pergi sini dulu. 




Jalan-jalan tgk souvenier, beli jugak la t-shirt cap ayam kat sini.
Serius nama baju tu cap ayam tau.



Hahaha.. sape lagi kalu bukan cameraman rasmi kitaorg everytime berjalan. 
Kesian sbb takde gambo dia lagi, so saya offer utk jadik camerawoman dia pulak.
Berposing la kat sini ala-ala model kan... hahaha


Anak dara saya tak ketinggalan jugak nak posing ala model. :p

Ok, yg ni kompem bukan posing ala model ye. Ni gambo suka hati si cameraman ni nak snap gaya hape tah saya nak duduk...
Lepak kat sini agak lama sbb anak dara saya kepenatan, dekat sejam jugak la duduk melanguk kat tangga ni tgk org lalu lalang... hehehe

Lepas anak dara saya dah ok, kita jalan ke Jonker Street pulak.
Seriously, saya tak berapa gemar kawasan ni. Sebab dipenuhi dgn kaum Cina saja, dari jual makanan ke segala souvenir. Kalau jual souvenir tu boleh la kita beli. Tapi part makanan tu mmg saya was-was. Sampaikan anak bujang saya nak air cedok tu pun saya sangsi nak beli, last-last belikan dia mineral water.
For me, I don't like Jonker Street. Too sesak.


Masa ni pasar malam dia baru nak bukak, so time ni still ok lagi tak sesak sgt.




3rd day kita pergi zoo, sebab danish sibuk sgt nak masuk zoo. Pergi la jugak.
Penat berjalan dalam zoo dekat 2 jam. Anak dara saya dah start nak buat perangai, nasib baiklah masih boleh handle lagi.



Danish naik kuda, satu pusingan RM berapa tah, tak ingat. Mia takut, so dia tgk dari jauh je lah.



Thats all, habis la cerita jalan-jalan Melaka edisi basi dah melampau. Hahaha.

Next trip, plan to visit USS in June. Hopefully ada rezeki boleh jejak kaki ke sana. :)