CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

The Miracle Product

Ye.. ye... Saya tahu ramai yg dah buat review tentang VCO (Virgin Coconut Oil) Softgel keluaran Catalyst ni. Mmg ramai yg kata produk ni bagus, harga pun tak mahal sgt. Kira produk yg bagus & mampu milik la.

Ok, mula-mula saya nak cerita sikit pasal kulit saya la kan. Saya ada masalah jerawat dah lama. Jenuh pergi klinik, makan antibiotik, makan vitamin. Tapi masalah jerawat saya mmg tak pernah kurang. Sampai la satu hari tu saya google tentang macam mana cara nak mengatasi masalah jerawat, saya pernah cerita pasal ni dekat sini. Kalau nak baca lebih lanjut klik dekat link tu eh. Alhamdulillah, lepas menggunakan pembersih muka & pelembap yg saya pernah cerita dulu tu, kulit saya getting better.

Then ada satu hari saya bloghopping, baca blog org sana sini, and came across to this produk yg mana saya boleh kata review yg diberikan oleh penggunanya hebat-hebat belaka. Jadi saya pun google lagi siapa yg jual produk tu. And came across to this blog. So, saya pun try la order sebotol. Masalahnya, sekarang ni seller-seller ni mengamalkan pre-order concept. Lambat nak tunggu, iyelah. Kita kena bayar dulu, lepas tu baru dia order kat HQ. Makan masa seminggu jugak la nak menunggu. Tapi kena jugak la tunggu kan.

Saya kumpul order dgn kawan-kawan dekat office, ada jugak yg berminat jadi saya order sekali. Tak sangka pulak saya dapat kumpul order lebih RM150. Automatic saya dapat jadi agen. Alhamdulillah, kurang lah sikit harganya. Panjang pulak mukadimahnya ye. Oklah, saya terus cerita tentang kebaikan produk ni.

Saya makan VCO Softgel + Collagen C, ni dah masuk 3-4 bulan jugak. Perubahan pertama sekali saya rasa lebih bertenaga. Biasanya, kalau saya tidur lewat, esok paginya masa dlm perjalanan nak pergi office tu confirm saya akan tidur dlm kereta. Then dekat office sure la mengantuk saja. Tapi lepas amalkan dua supplement ni, alhamdulillah saya dah tak rasa mengantuk kalau malam sebelumnya saya tidur lewat. Mmg rasa bertenaga dan cergas. Ini pun diakui oleh kawan saya yg turut mengamalkan Collagen C ni. 
Selain bertenaga, sistem penghadaman pun sangat bagus. Saya ni mmg jenis yg susah nak 'membuang'. Tapi lepas saya consume 2 supplement ni takde lagi masalah susah membuang. Hehehe. Mmg selesa sgt perut, mana taknya sehari sampai 3x tau! Saya suka!

Ok, part yg tu dah selesai. Part kulit pulak ya. Kulit muka saya semakin elok, jerawat dah jarang-jarang keluar. Kalau ada pun time PMS je lah. Tu pun sekejap je, 2-3 hari gitu dia dah surut. Keluar pun tak banyak cuma seketul dua je. Kalau dulu, jangan cakaplah. Dalam tempoh seminggu period tu, confirm sepanjang masa tu la jerawat akan keluar. Sekarang tidak lagi. Hehehe. Saya sgt sgt sgt suka!

So, sekarang saya masih teruskan mengambil dua supplement ni, iaitu VCO Softgel & Collagen C keluaran Catalyst. Saya juga merupakan agen kepada produk-produk keluaran Catalyst. 

pics taken by me
cara pengambilan VCO SG :
2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
pics from google


Awal tadi saya cerita harga tak mahal kan, mmg confirm tak mahal.
VCO Softgel = RM39.90/btl (60biji)
Collagen = RM59.90/box (15pkt)
Oh ya, harga tidak termasuk postage tau!


Saya cerita dulu kebaikan VCO Softgel ya,
Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

Untuk kegunaan luaran : 
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak
Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Pure Virgin Oil & Kebaikan CATALYST..
Anda mesti pernah dengar minyak kelapa dara/virgin coconut oil :)
produk CATALYST adalah 100 % berasaskan VCO ini

Antara khasiat-khasiat yang anda perlu tahu :
Membekalkan nutrien penting dalam badan
Membekalkan tenaga untuk kecergasan badan
Meningkatkan sistem imunisasi
Menyokong fungsi metabolisma yang sihat
Boleh mengurangkan berat badan
Meningkatkan penyerapan kadar nutrien
Membantu mengurangkan bad cholestrol(LDL) & meningkatkan good cholestrol(HDL)
Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih
Mengelakkan berlaku kedutan kulit
Membantu mengawal diabetes:kandungan gula dalam darah
Mengurangkan risiko sakit jantung
Mengurangkan risiko kanser
Mencegah osteoporosis
Membantu mengurangkan jerawat & masalah kulit berminyak


.Minyak Kepala Dara Dalam Meningkatkan Daya Tahan Tubuh..
khasiat dan kelebihan seterusnya dalam MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
 -membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
-melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
-berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
-melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan penuaan dan penyakit degeneratif
-meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
-mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
-membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
juga BERFUNGSI untuk membunuh virus,bakteria & kulat

-membunuh virus(yang menyebabkan mononucleosis,influenza,hepatitis C,cacar air dan herpes) bakteria yang menyebabkan pneumonia,sakit telinga,infeksi kerongkong,gigi berlubang,keracunan makanan,infeksi saluran kencing,meningitis,dan gonorrhea) kulat yang menyebabkan candida,jock itch,kadas dan infeksi yang lain.
-membunuh cacing pita,lice,giardia, dan parasit.


..Kesan Segera Pengambilan Minyak Kepala Dara Pada Tubuh..
*Melegakan pernafasan - Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
 *Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil – Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksik melalui najis
 *Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

*Di dalam usus kecil dan usus besar, ia memusnah organisma perosak seperti virus, bacteria, seperti virus,bacteria,kulat dan protozoa(cacing). Oleh itu, penghadaman akan mencapai tahap maksimum.

*Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksimum, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (anda tidak perlu makan banyak dan kerap,ia dapat mengawal nafsu makan secara automatik)

*Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

*Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

*Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.

Ok, itu adalah antara kebaikan VCO. Sekarang meh kita baca tentang kebaikan collagen pulak ya:-

Kenapa anda perlukan collagen?
Apakah kebaikan collagen?

KHASIAT MENGGUNAKAN CATALSYT COLLAGEN

-membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis-mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit-mengatasi masalah kulit kusam,kering & berkedut-membantu melicinkan kulit merekah dan kuku malap-menyuburkan rambut agar kelihatan lebat & berkilau-membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima


KESAN MENGAMALKAN CATALYST COLLAGEN-kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering-dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang)-dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada dikulit-minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan tubuh menjadi lebih lancar

- kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik




Gambar saya sendiri sbg saya punya testimonial ye:-

Before - this pics was taken on January this year.


After - pics taken last 2 weeks masa pergi Langkawi, see the difference?


Jadi sekiranya anda teringin nak mencuba dan ada pertanyaan untuk kedua-dua produk hebat ni, boleh la contact saya di email eryne1908@yahoo.com.my.


Ok, sekian dulu cerita saya tentang 2 produk ajaib yg telah mengembalikan semula keyakinan pada diri saya. Iye lah kalau muka byk jerawat kan tak cantik, for sure kita punya self-esteem menurun. Saya mmg ada rasa macam tu masa muka banyak jerawat. Sekarang dah confident ok. Takde la time berbual dgn org saya pandang tempat lain. :)

Thursday, June 23, 2011

Fuhhh!!! Kue Teow Power

Masa saya bercuti ke Utara haritu, sempat saya tido semalam dekat Alor Setar. Sempat jugak saya pergi makan dekat kedai Kue Teow yg pernah kami (saya & hubby) pergi 8-9thn lepas. Zaman berdating kan syok. Saya ingat lagi, masa tu dia jual guna basikal je, dekat simpang jalan. Ramai org makan kat situ.

Then kebetulan dah ada dekat Alor Setar, hubby saya ajak saya pergi makan kat situ lagi. Dah lama teringin benornya. So, tak nak melepaskan peluang walaupun badan dah rasa letih dgn muka berminyak toksah cakap, kami pergi carik tempat tu. Alhamdulillah, jumpa jugak tempatnya, itupun hubby dah ingat-ingat lupa. Al-maklum dah lama gila dia tak ke sana.

Bila sampai, kami tgk org ramai sgt. Tak sangka kedai dia dah makin besar, basikal tetap ada. Then ada tambahan kedai makan jugak. Eh, lupa nak bg tau nama kedai tu, "Iman Kue Teow". Saya nak cerita kat mana kedainya, saya tak tau. Hehehe. Tapi mmg sedap makan kat situ. Kami makan Char Kue Teow Power. Perghhhh.. Mmg power la.

Char Kue Teow nya penuh dgn kerang, udang pun besar-besar ada 5 ekor gitu. Ada telur mata kuning separuh masak lagi. Harga? RM6 sahaja. Power tak power tu beb! Cuba carik char kue teow kat JB ni, ada tak rupa macam ni?


Haihhh.... Tgk gambar ni pun dah buat meleleh air liur.

Cukup rencah, tak lokek bahan. Mmg saya rasa berbaloi bayar RM6 utk sepinggan Kue Teow Power. Kalau panjang umur, mmg saya akan pergi kedai ni lagi. :)

Wednesday, June 22, 2011

The Report Card Day!

Sebelum saya sambung cerita pasal Langkawi tu, saya selit story lain dulu lah. 
Last Saturday (18/06/11) is the day for parents to meet the teacher. Senang cerita hari ambik penyata sekolah la kan. Ni bukan kali pertama kami pergi ambik report card Danish, since dia tadika dulu pun mmg dah pernah lalui. Tapi sebab Danish baru darjah 1, so excited jugak la nak tau perkembangan dia utk 1/2 tahun pertama dekat sekolah rendah macam mana.

Sebelum ambik report card tu, Danish dah bawak balik kertas jawapan exam. 1st yg saya tgk subjek BM, English & Maths. BM & English tu kira ok la, tapi masuk part Maths je... Haihhh, pening saya tgk. Huhuhu. Then keesokkannya dia bawak balik kertas exam yg lain-lain, Sains, Arab, Pendidikan Agama Islam & Pendidikan Kesihatan. Markah oklah, not bad.

Markah sebhgn exam paper.

So, when we went to the school last week, barulah tau kedudukan no.dlm kelasnya berapa. Haihhh, mmg byk sgt no. Danish bagi. Tapi takpe lah, sebab baru primary one kan, so saya & hubby bagi kelonggaran sikit utk dia improve lagi. Cuma risau kalau periksa hujung tahun, takut dia kena turun kelas pulak.

Menurut kata cikgu kelas Danish, dia kat dlm kelas selalu buat hal sendiri, tak kacau orang lain, takde buat bising. Tapi dia tak reti duduk diam-diam kat tempat dia, ada je tempat dia nak tuju (tp dalam kelas je lah). Cikgu dia tak kisah sgt bab tu. Cuma bila cikgu matematik masuk, Danish tak nak buat kerja. Kalau cikgu dia suruh, nnt macam nak lari-lari gitu, dia tak nak buat. Hmmm... dari kecik dah nampak dia tak minat matematik, haruslah kami buat sesuatu utk tingkatkan minat dia. Sebab tu la markah matematiknya rendah sgt. Full result, 4A 1C. Faham-faham je lah C tu apa. Kalau bukan kerana C tu, mungkin takde la byk sgt no. Danish bawak balik. Risau exam hujung tahun ni, perlu hantar tusyen ke? Macam mana nak buat utk tingkatkan minat dia eh?

As a mother, mmg risau jugak lah. Tapi ada antara kawan2 saya cakap benda macam tu biasa utk budak yg baru darjah 1. Hopefully Danish will change his minat towords Maths la lepas ni. Hmmm... have to plan something for him.

Thursday, June 16, 2011

Langkawi sgt syiok! (Part 1)

Macam ni la keadaan blog saya, sebulan sekali x pun dua bulan sekali baru ada coretan.
Tgk org lain yg hari2 update blog tu jeles je kan, tp sendiri nak update MALAS!
Tak habis2 penyakit M besar nih.
Kalau nak diikutkan, ada je story nak cerita. Tapi masa yg tak mengizinkan (ceh salahkan masa pulak!)

Last week cuti sekolah, saya sempat jalan-jalan makan angin ke Langkawi. Sebenarnya ni kali ke-3 saya ke sana. Kali pertama masa umur saya 14thn, kali ke-2 time honeymoon dgn hubby thn 2003. Dan kali ke-3 ni, dapat bawak anak2 datang sini. Tak pernah serik datang Langkawi, malah rasa nak pergi lagi pun ada. Hehehe...
Ad hock vacation, takde perancangan pun. Asalnya nak ke Cameron Highland, entah tetiba boleh tertukar plan.
So, ke Langkawi la kami anak-beranak. Hubby drive sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Perlis.
Bertolak pukul 6am dari rumah, sampai jeti Kuala Perlis pukul 7.05pm. Kejar last ferry yg nak ke Langkawi, macam nak terbang MPV kami. Jalan jammed merata tempat, rasanya lebih dari 5 kawasan jammed yg kami kena lalu. Satu tempat jammed ambik masa hampir setengah jam ke 45 minit utk lepas. Saya mmg dah tawakkal je dalam hati, sbb mmg jangka tak sempat nak naik last ferry tu.
Alhamdulillah, ferry delay. Nasib baik ferry tu delay, kalau tak kene tidur kat Kuala Perlis la jawabnya.

Sampai jeti Pulau Langkawi lebih kurang pukul 8.45pm, keluar dari plaza tu then carik teksi. Nasib baik la teksi senang nak dapat, terus la kami tuju ke hotel yg kami dah booked sblm tu. Sampai hotel terus check-in, then keluar semula sbb perut lapar, makan cuma waktu pagi dia Restoren Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Tengaharinya cuma makan roti shj sebab nak kejarkan masa utk sampai ke Kuala Perlis.
Oh ye, kami menginap di Hotel Grand Continental, agak jauh jugak dari pekan Kuah & juga Pantai Chenang (tmpt paling syiok utk leisure kat Langkawi). Lepas dah simpan barang semua, kami anak beranak jalan kaki keluar sikit dari hotel utk cari kedai makan, nasib baik la tak payah jalan jauh2. Kami terus duduk & order makan, sementara nak menunggu makanan sampai, sempat saya pergi kedai Duty Free kat sebelah kedai makan tu. Beli coklat la, apa lagi. Nak beli pinggan mangkuk, hmmm.. duitnya tak banyak, so lupakan la niat tu. Coklat sangat2 murah. Tapi saya beli sikit je, setakat nak memenuhi kehendak anak saya. :)

Lepas makan, balik hotel. Mandi bersihkan diri, terus lepak. Penat seharian travel dari JB ke Langkawi. Macam nak patah pinggang pun iye.

Esoknya pagi2 saya dah terjaga, biasalah anak2 saya tu. Pagi2 harus mintak susu. Lepas dah terjaga tu, terus bangun & siap2 mulakan perjalanan keliling pulau. Tunggu agent kereta sewa hantar kan kereta dekat hotel, sementara menunggu kereta sampai kami sarapan dulu. Menunya cam biasa2 saja, bihun goreng, roti bakar, sosej, telur omelet, kopi, teh, orange juice. Biasa2 je lah.

Lepas breakfast, keta pun dah ada. Kami pun start la berjalan. Tempat pertama, kami tuju Tourism Center. Nak mintak peta. Hehehe. Lepas ambik peta, tmpt pertama kami tuju ialah utk naik Cable Car. Kami dgn confident tuju ke Gunung Raya. Sampai dekat puncak Gunung Raya, tertanya2 jugaklah mana cable car nya. Bila dah masuk kat resort tu, baru la kami tau, rupanya dah tersalah tempat. Cable car terletak kat Gunung Mat Cincang. Huhuhuh. Tapi apa2 pun, tak rasa rugi naik resort tu dengan bayaran RM10 utk dewasa (kanak2 free). Walaupun tak nampak pemandangan sebab keadaan hujan agak lebat + kabus tebal, tapi saya enjoy cuaca sejuk kat situ. Terasa macam kat oversea. Hehehe. Dalam sejam lebih jugak kami kat atas puncak Gunung Raya. Puas ambik gambar, baru kami turun. Itupun sebab si anak dara saya dah menangis2 nak balik (dia takut kat atas menara).
Pic was taken just before the kabus datang.



The peak diselimuti kabus tebal, Mia takut nak dekat dgn besi pemegang tu.


Tukang bawak kereta dari JB sampai Kuala Perlis sambung lagi kat Langkawi. Hehe

Mommy perasan posing japs.. Hak Hak Hak

Kabus di mana-mana & Mia takut nak jalan kat luar. Huhuhu

Gambar mmg tak clear sbb kabus & angin menderu-deru.




Ini la nama tempat dekat atas puncak Gunung Raya - The Peak D Coconut Hill Resort

Turun dari Gunung Raya, kami belum tau nak ke mana. Dalam pada tu, ternampak Kompleks Kraf. So, singgah kat situ.

Sambung lagi ke Part 2 ye, panjang benor nak menaip semua dlm satu entry.