CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 17, 2011

Emosi - Menonton & Membaca

Hmmm... anda semua kalau tengok cerita sedih atau happy, macam mana reaksi muka? Pernah tak anda perasan?

I have to admit, yg saya ini seorang yg emosi ketika menonton. Tak kira cerita apa pun yg saya tengok, English, Malay, Hindustan, Chinese and etc, sure saya akan tengok dengan tekun dan emosi. Sampai suami saya kata saya cengeng atau tak betul. Hampeh kan?

Normal la kalau tengok cerita sedih, sure meleleh air mata. Kalau tengok cerita love story yg happy ending, sure senyum sampai telinga, kalau tgk cerita yg buat sakit hati, sure mulut ni mengutuk si jahat dalam cerita tu. Adat la tu kan. Hahaha. Kalau org lelaki tu lain lah, suruh la dia tgk cerita apa pun, sedih macam mana cerita tu pun takde nya dia nak feeling sedih.

Ada sekali saya tengah tengok drama (tak ingat drama apa), suami saya cakap kat anak saya,
Suami: "Tgk mommy tu, cengeng, sikit-sikit nak nangis".
Saya: "Eh, orang sedih la tgk cerita tu. Mestilah nak nangis, tu namanya penghayatan tgk drama"
Hahaha...

Then sekali lagi suami saya nampak, masa tu saya tgk drama jugak rasanya. Tapi masa babak romantic suami isteri rasanya, masa tu saya tengah tersenyum tgk adegan tu.
Suami: "Tgk adik, mommy senyum sorang-sorang, macam org tak betul dah tu"
Saya: "Sibuk la abg ni, orang senyum salah, menangis salah. Dah cerita tu tgh babak best, orang suka, mesti lah senyum je"
Saya: "Abg tu tgk drama takde perasaan gaknya, sebab tu la tgk tapi takde apa-apa tindak balas"
Hehehee... geram kadang tu, sebab saya ni mmg la org yg sensitif. Bukan takat menonton saja, kalau membaca novel pun sama. Kalau tengah cerita sedih, mmg bergenang-genang air mata masa tgh baca tu. Samapi kena stop lap air mata, pastu sambung baca semula. Nampak sangat saya menghayati kan?
Hehehehe.

Saya mmg suka menghayati setiap apa yg saya tonton dan juga baca, saya mahukan kepuasan dalam hati. Sekiranya saya setakat baca atau tonton tanpa menghayati, baik saya tak payah buang masa. Buat kerja lain lagi bagus. Tapi mungkin orang lelaki ni lain sikit, mereka ni kurang sensitif dengan benda-benda macam ni.

Baru-baru ni, saya tengok AIM. Semua org tahu pembukaan AIM masa tu Najwa Mahiadin yg buat persembahan kan. Saya tak nafikan suaranya mmg bagus, dia boleh bawak macam-macam genre lagu. Dari lagu Melayu Klasik, Pop Rock, Balad, eh boleh kata semua genre lagu dia nyanyi sedap lah. Saya mmg suka dia nyanyi masa AIM haritu.

Then semalam dengar lagu Got To Go dekat radio. Saya cakap dgn suami:-
Saya: "Nak beli la CD Najwa ni, lagu-lagu dia boleh tahan sedap"
Suami: "Mana ayang tau?"
Saya: "Haritu kan ada dengar dia nyanyi dekat AIM, tapi tu lah dia nyanyi dah sedap, tapi ekspresi muka dia tu sama je, macam takde feel kat lagu-lagu yg dia nyanyi"
Suami: "Eh, ok apa dia nyanyi macam tu"
Saya: "Mmg la dia nyanyi sedap, tapi kalau tgk muka dia tu, rasa macam tak sampai je apa yg dia nyanyikan"
Suami: bla... bla... bla... belajar dekat oversea... bla... bla... bla...
Meleret-leretlah perbualan kitaorg tu sampai nama Afdlin & bebudak belajar kat AF pun masuk. Hahaha...

Kadang-kadang conversation yg lain dari lain ni la yg akan buat topik perbualan tu jadik meleret-leret. Kesudahannya apa yang saya boleh katakan, Najwa Mahiadin nyanyi mmg suaranya best, tapi persembahan beliau seperti kurang penghayatan, jadi saya setakat suka dengar dia nyanyi saja, tapi kurang gemar persembahan dia.

Saya rasa mungkin ada antara anda sependapat dengan saya. Kalau apa yg kita tonton atau dengar, tapi jika setakat menonton dan mendengar tanpa ada penghayatan, takkan sampai maksudnya kepada umum. So, let your emotion take control when you watch movie, drama, read a novel or anything else. Confirm puas hati towards the end. :)

Friday, November 4, 2011

Cuti-cuti Cameron Highland - edisi hampir nak basi :p

Agak lmbt saya nak update cerita kami sekeluarga jalan-jalan ke Cameron Highland haritu. Bukan sengaja dilewatkan, tapi sebab gambar semua ada dekat PC di rumah, maka proses untuk upload tu agak lambat sikit. Ni pun upload gambar kat blog dari rumah, then harini sambung story dekat office.

Kami ke Cameron Highland bukan atas proper plan. Saya & anak-anak ikut hubby yg kebetulan berkursus di sana. Disebabkan semuanya boleh claim, jadi saya tak nak la melepaskan peluang. Hahaha. So, kami bertolak ke sana pada hari Khamis 13/10/2011, masa tu dah petang, dalam pukul 3 lebih macam tu. Kena pulak singgah Hospital Permai sebab kawan hubby nak tumpang sekali, pergi la pick-up diaorg dulu. Lepas ambik diaorg terus gerak ke highway Plus. Singgah R&R Machap dalam pukul 5 lebih, makan, solat Asar dan teruskan perjalanan dalam pukul 6 lebih.

Kami semua pertama kali nak ke Cameron Highland, mmg nekad je jalan ke utara hingga exit Simpang Pulai. Sampai dekat tol dah pukul 10 lebih. Teruskan perjalanan lagi ikut papan tanda, dah la gelap kan, mmg bertawakal dalam hati dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, sepanjang jalan tiada kabus, tapi mmg kena berhati-hati sebab dah malam kan, kita bukan nampak apa ada kat kiri kanan jalan. Lampu jalan pun takde, mmg sepanjang masa lampu dalam keadaan "high beam" sahaja.

Kami sampai ke Berinchang dalam pukul 11 lebih, tapi sebab tak tahu kedudukan hotel yg kawan hubby duduk tu dekat mana, makanya 3-4 kali pusing balik pusing balik jalan yg sama utk cari hotel tu. Bila dah sampai dekat hotel kawan hubby, ingat boleh la kitaorg ni check-in on the spot. Tapi hampeh, office mereka tak bukak 24 hours. Sabar je lah. So, terpaksa la kami carik hotel yg berdekatan. Nasib baik kat sana hotel senang nak cari. So, depan mata dah ada Hotel Titiwangsa, hubby turun & tanya bilik kosong. Ada! Alhamdulillah, tapi bilik tu utk family, so ada 2 katil queen & 1 katil single. Tak kisah la, janji kita dapat tidur.
Rate bilik ni RM178/night including breakfast for 4 person. Tapi sebab kitaorg ni berdua je yg dewasa, so guna 2 voucher breakfast tu saje lah.

Dapat bilik, masuk, terus bersihkan badan budak2 tu. Mandi air panas pun tak rasa sgt, rasa macam suam je. Padahal water heater tu dah tunjuk ke paras paling panas.
Malam dekat CH teramatlah sejuk, kesian anak-anak. Danish siap kejut saya mintak stokin sebab tak tahan sgt kesejukan, lepas tu Mia pulak nangis mintak jaket, saya pakaikan jaket & sarungkan stokin. Baru lah dia diam & masing-masing tidur sampai pagi.

Paginya bangun agak lewat, sebab malam tadi semua tidur lambat. Ingatkan tak nak turun breakfast, tapi sayang pulak kan sebab dah bayar. So, bersihkan muka, gosok gigi & tukar baju je dulu, then turun breakfast. Perut mmg tgh lapar, makan saja la apa yg ada. Sorila eh, gambar masa ni mmg belum ada. Masih mamai lagi masing-masing. Hehehe.

Lepas breakfast, balik bilik, mandi & kemas-kemas bag utk check-out, sebab nak carik hotel yg murah sikit. Mmg tak susah nak carik hotel kat sini, merata-rata ada. So, kitaorg just naik kereta, pergi pekan berinchang & stop dekat deretan rumah kedai. Nama hotel tu Hotel Chua Gin. Hubby parking kereta, turun tanya bilik kosong. Ada! So, check-in kat family room jugak, tp bilik comel je ada 1 queen bed & 1 single bed. Biliknya okla, bersih, toilet pun bersih. Ada tv, wardrobe, hot shower, water heater & turut disediakan gayung. Senang la kan nak membersihkan apa-apa yg patut. Hehehe.

Oh lupa nak cerita, bilik dekat CH ni mostly tiada kipas. Tapi bilik 1st yg kami tidur dekat Hotel Titiwangsa tu ada kipas. Tapi dekat CH ni kan sejuk, so tak perlu kipas semua tu. Hehehe.

The room's key. Ada address & tel no., sesapa nak tidur sini boleh la salin ya. 

Kami lepak-lepak je dekat bilik. Dalam pukul 2pm hubby dah kena get ready utk attend seminarnya. Saya & anak-anak mmg berehat dekat bilik for the day. Suruh budak-budak tu tidur, then saya pun tidur sama. Tapi maybe sebab sgt (hujan kat luar), saya dpt tidur sekejap sgt. Boring jugak, tgk TV je lah. Pukul 3.30pm, perut dah start berkeroncong, nak keluar tak boleh sebab anak-anak tidur lagi. Bertahan je lah minum air masak. Kebetulan mmg tak prepare apa-apa makanan sebelum ni, makanya kena minum air kosong saja lah jawabnya. Hujan pulak makin lebat kat luar, padahal kedai makan dekat je. Jalan kaki 10 tapak dah sampai. Tapi sebab hujan dah lebat sangat, maka tak boleh nak buat apa lah.

The kids woke up around 4pm. Danish cakap lapar. Alamak, macam mana nak keluar kan, hujan lebat sangat. Terpaksa la suruh dia minum susu dulu. SMS hubby, tanya dia lambat lagi ke. He said will be back only after 5pm. Hish, perut dah kelaparan. Anak-anak pun sama, so have no choice terpaksa la redah jugak hujan. Nasib baik masa tu dah gerimis je. So, suruh diaorg mandi & me also took shower, ingat nak bawak diaorg turun makan lah. Baru je saya habis mandi, sekali bunyi org ketuk pintu. Lah, hubby balik rupanya. Masa tu baru pukul 5pm. Dia cabut katanya. Hahaha. Kesian kat kitaorg yg kebuluran kat bilik ni gamaknya.
So, siap-siap then terus turun & tuju restoren kat belakang hotel tu. Danish terus menerus la cakap lapar... lapar. Hahaha, kesian dia kan. So, we ordered nasi putih, ikan cencaru bakar, sup sayur, ayam paprik, telur dadar, sup ekor, air lychee, sirap lychee, milo suam & nescafe tarik. Bila order sampai je, Danish yg paling tak sabar nak makan, mmg habis sepinggan nasi dia makan dengan ikan bakar & kuah sup saja. The foods mmg sedap, cukup rasa semua. Dan menu yg kami order tu kami cuma perlu bayar RM33 sahaja. Murah kan? Pada saya murah la, sebab kalau kat JB order menu macam tu for sure jejak RM40++.

Lepas makan, kami berjalan ke pasar malam. Dekat jugak la, jalan kaki dalam 5 minit macam tu dah sampai. Dekat sana mmg macam-macam ada. So, kali ni tgk gambar la ye. Penat dah saya nak bercerita. Hehe.


Mula-mula jalan dulu, cuci mata.

Sayur ni sangat sedap, saya makan 1st time dekat Hotel Titiwangsa masa breakfast tu.
Mula-mula ingatkan adik beradik pucuk paku, tapi rupanya ini ialah pucuk labu.


Membelek teh, sampai tak tau nak beli dekat kedai mana, sbb byk sangat.
Tapi kena rajin survey la, ada kedai jual harga lain-lain.


Deretan kaktus mini. Saya tak beli pun, sebab saya tak minat kaktus. Hehehe.


Bunga kat CH ni mmg murah lah. Sejambak banyak-banyak tu pun baru RM10.
Kat JB? Jgn mimpi nak dapat harga murah camtu eh.


Kedai jual souvenir merata-rata. Harga pun lain-lain. 
Saya beli fridge magnet sbg souvenir utk kawan-kawan kat office.

Nasib baik dua beradik ni tak mintak macam-macam :)


Ni keledek madu. Sedap gila ok. 
Saya siap beli 3 bungkus yg belum rebus punya.


Belikan dua beradik ni topi & glove. Asek duk komplen sejuk je kan.
Topi tu RM15 each.

Dekat pasar malam tu saya beli dried strawberry, sedap gila ok. Tapi sori lah gambar takde. Hehehe. Then beli jagung mutiara rebus, pun tersangatlah tasty. Then beli homemade strawberry jam (masam gila), haha. Ada lagi few gorengan yg kami beli, kim chu, cendawan goreng & keledek rebus yg maha sedap. Hahaha. Beli jugak la teh-teh berperisa tu semua. Beli utk diri sendiri & juga mama saya. Lepas tu bagi jugak kat kawan-kawan kat office sorang sikit. :)

Then lepas pergi pasar malam tu, naik bilik kejap sebab nak menghantar hasil belian tu dulu. Sebabnya nak pergi kedai runcit lepas tu. Niatnya nak cari roti, biskut or milo3 in 1 for breakfast tomorrow. Sebabnya hubby awal-awal pagi dah nak kena attend seminar, so saya ingat malas nak turun utk cari breakfast. Sediakan dulu barang-barangnya la kan. Kedai runcit tu punya la ramai orang. Kami beli roti, biskut, milo 3 in 1 & coffee 3 in 1. Ok, dah siap breakfast utk esok.

After that, balik bilik. Makan jajan yg beli dekat pasar malam tadi for late dinner. Then saya keboringan, ambik kamera hubby, snap gambo sana sini dari tingkap bilik.

Belakang hotel kami, sebelah kiri kedai makan sedap & murah.
Sebelah kanan kedai jual souvenir.


Across the main street ada Balai Bomba Cameron Highland.


Lepas tu dah tak tau nak buat apa. So, saya pun bermalas-malas atas katil & tidur. Dua beradik tu pun dah disuruh tidur. Selagi tak disuruh mmg main saja lah kerjanya.

Esoknya hubby awal-awal pagi dah bersiap-siap ke seminarnya. So, saya bangun pun tak tau nak buat apa. Baring sampai la anak-anak bangun. Bila masing-masing dah bangun, mandikan si adik & abg. Danish asyik la duk cakap nak pegi ladang teh, nak pegi ladang strawberry. Aduhai, sabar ye Danish. Kita tunggu ayah balik dulu. After the kids dah siap, saya suruh Danish breakfast dulu, buatkan air milo & dia makan cicah biskut. Boleh la untuk dia alas perut sebelum makan. Dalam pukul 10 lebih ke sebelas macam tu hubby dah ketuk pintu. Aik, cepatnya dah balik. Haha. Seminar tak habis lagi, tapi dia dah balik. :)
Saya pun breakfast serba ringkas, makan biskut 2 keping & habiskan air milo Danish yg dia minum tinggalkan separuh.
Lepas tu kitaorg bersiap-siap. Then terus gerak tuju ke sini:-

Ladang Teh Bharat Plantation @ Cameron Valley.

Masa mula-mula kami sampai, kereta sikit je ada. Time ni dah nak balik, kerata dah penuh kat parking.

Sebelum turun ke ladang tu, kami makan serba ringkas dekat sini.


Saya order scone set (yg dalam pinggan putih tu), hubby ice lemon tea, for me ice passion fruit tea & hot strawberry tea. Passion fruit tea adalah sangat sedap. Hehehe
For Danish teh O ice & Nasi lemak.
Nama je ice tea, tapi ice nya takde pun. Setakat air tu sejuk je. Maybe kat situ mmg tak provide ice cube agaknya.

This is scone, rasa macam cake pun ada.
Cara makannya, belah kat bahagian tengah scone, then sapukan dengan strawberry jam, krim & butter.
Sedap jugaklah. First time makan scones ni, baru tau harga dia mahal eh (RM12/set).


Lepas makan, kami semua tak nak melepaskan peluang tgk dengan lebih dekat lagi ladang teh dekat sini. Alhamdulillah, tercapai hajat Danish nak pergi ladang teh kan. Mmg dia seronok sangat dapat turun kat bawah tu. Dia punya semangat, dia la org yg first turun. Tgk la gambar kat bawah tu.

Tangga agak tinggi jugak, turun tu ok.
Bila nak naik mmg sefempufut (semput)... hahaha











Penat nak cerita tadi, tgk gambar je lah ye. Lepas dari melawat ladang teh, kami gerak ke Berinchang semula utk cari ladang strawberry. Mak aihhh, jalan nak naik ke ladang teh tu mmg mendaki bukit betul lah. Rasanya dalam 45 darjah jugak tu. Rupanya kena parking kat atas, dah rasa menyenget je badan time keluar dari kereta.


Saya suka snap gambar macam ni :)
Masa ni belum sampai ladang strawberry lagi.

Lupa nak cerita, nama ladang strawberry ni Big Red Strawberry Farm. Bukan setakat tanam strawberry semata, tapi sayuran pun ada jugak. Masa ni buah strawberry tak byk, jadi tak dibenarkan utk petik strawberry. Kesian Danish melepas nak merasa petik buah strawberry. Takpe, next time kita pergi lagi ye. :)

Penat tau dekat sini., sbb ladangnya dekat lereng bukit. Jadi nak meronda tu mmg kena daki bukit. Danish masa ni dah tak sedap perut. Maybe sebab masa jalan tadi jalan bengkang bengkok, org tu baru lepas breakfast, perut dah rasa mual je lah. Nasib baik ada balm, sapu kat perut dia, lepas tu suruh dia duduk diam kejap. Lepas dia sendawa, baru la ok.

Entah tak tau nama bunga ni apa.

Vegetables.

Hasil pembelian, dalam tu ada kopi strawberry, chocolate strawberry & fresh strawberry.


Time ni dah kepenatan, muka pun cam hape je kan.

Aiskrim Malaysia yg Mia makan tu perisa strawberry, harga RM1/pc tau. 


Minuman kami harusla berasaskan strawberry jua. Hahaha.
Choc Dip Strawberry ni dia gelar Choc Fountain, lupa pulak nak letak gambar mangkuk yg isi chocolate sauce tu.

Lepas dah duduk berehat for a while

Ni la kawasan parking, mmg rasa nak guling2 sampai bawah je.



Lepas dah siap makan minum semua, kami bergerak pula menuju ke Kea Farm. Cuaca dah mendung, bila sampai dah rintik-rintik jugak hujan turun. Sekali lagi parking kena turun ke bawah bukit. Mmg kat sini pembangunannya kat lereng bukit, kaki bukit & puncak bukit la kan. Hehehe.
Saya sempat tanya dengan orang yg kutip duit parking tu, jauh ke nak jalan kalau dah turun ke bawah, ane tu kata penat nak naik atas so turun dekat sini je lah. Saya pun apa lagi, terus bawak anak-anak turun & hubby pergi park kereta dekat kaki bukit. Lama jugak tunggu hubby naik, rasanya ada dalam 15-20 min. Bila sampai atas, nafas kemengahan. Hahaha. Nasib saya turun dengan anak-anak tunggu kat situ.

Misi ke Kea Farm ni nak mencarik jagung dan pucuk labu. So, berpusing la saya dekat situ dengan payung sebab masa tu dah hujan. Saya cuma bawak anak dara, sebab susah nak handle 2 orang dengan payung. Si abg kena ikut ayah, tunggu kat seberang jalan. Hehehe.

Sambil tu ronda-ronda jugak tgk apa yg boleh dibeli. See, dengan payung tu kan. 

Dekat sini beli pucuk labu. :)

Dah dapat barang yg saya nak, kununnya ingat nak destinasi kami seterusnya, KL. Sekali on the way tu, nampak pulak satu lagi farm. Garden View Farm, siap ada kedai chocolate lagi namanya Avant Chocolate. Dekat sini beli kopi capuchino, chocolates, jammed, dried roselle, kerepek mushroom and apa lagi tak ingat dah. Tmptnya cantik.

Full of chocolate goodies.


Oklah, cukup la bergambar tu. Penat dah tau. Hehehe.

Bunga ni pun beli kat sini, sejambak macam ni RM10.
Saya paksa hubby beli utk saya... Hahaha... Boleh gitu.


Sebab dah kepenatan, saya ajak hubby balik. So, kami pun meneruskan perjalanan ke KL. Sampai KL dah malam, kepenatan. Sebelum tu call hotel yg biasa kami duduk dekat Wangsa Maju, nasib baik ada bilik kosong, so terus book. Sampai sana check-in, masuk bilik. Mandi & bersiap utk dinner. Walaupun dah kepenatan, terpaksa jugak turun utk dinner sebab dah kelaparan.

Begitulah cerita percutian kami ke CH, insyaAllah kalau panjang umur, murah rezeki, mmg teringin nak jejakkan kaki ke sana lagi. :)