CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

10.10.2011 - The 8th Anniversary

Hari ini, tarikh 10.10.2011 merupakan tarikh keramat untuk saya dan suami saya. Ya, pada tarikh ini lah, 8 tahun yg lalu kami mengikat janji untuk menjadi suami isteri. Alhamdulillah, 8 tahun kami hidup bersama. Dikurniakan dengan 2 cahaya mata, itu sudah cukup membuatkan saya bahagia bersamanya.

Adat dalam berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya, dan alhamdulillah kami berdua berjaya mengharunginya bersama. Semoga ikatan ini akan berpanjangan hingga kami menutup mata dan juga hingga ke syurga. Tidak ada org yg perfect dalam dunia, begitu jugalah kami berdua. Tapi kami saling melengkapi, itu yg paling utama. Tak kisahlah kalau saya kena cakap berulang-kali semata-mata untuk meminta tolong dari suami, dan tak kisah jugaklah kalau saya hari-hari diingatkan untuk membuat air minuman untuk suami. Hahaha, itu antara kekurangan kami berdua. Itu yang saya katakan, tiada manusia yg perfect dalam dunia. Maka saya terima suami saya dengan seadanya. InsyaAllah, saya akan memperbaiki kekurangan yg ada pada saya.

Saat baru bergelar suami isteri :)

"Ya Allah, kau ampunkanlah dosa kami berdua, berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan suami isteri, kau bimbinglah hubungan kami menuju ke jalan yg kau redhai. Kau limpahkanlah kasih sayang antara kami. Kau kurniakanlah rezeki yang halal buat kami. Kau jadikanlah suamiku seorang pemimpin keluarga yg boleh membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan yg kau redhai. Kau jadikanlah diriku seorang isteri yg sentiasa taat dan setia di sisi suamiku. Sesungguhnya Engkau yg Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga. Aminnn...

Saturday, October 8, 2011

Rumah Oh Rumah

Rumah kami di JP Perdana tu rasanya dah 98% siap, tapi nak menunggu pemaju keluarkan CF tu tak tahu la berapa lama lagi. Selagi CF belum dapat, jangan harap la nak ambik kunci rumah kan. Masalah saya sekarang ni rasa agak rumit jugak. Memandangkan parents saya dah bercerai, maka rumah sedia ada sekarang ni dah dijual. Proses jualan tu ambik masa agak panjang, jadi sementara dokumen pindah milik dan bank belum release payment, maka saya sekeluarga masih lagi menetap di rumah tu bersama dengan ayah saya. Menurut kata ayah saya, proses tu mungkin ambik masa lagi 2 bulan. Maka dalam tempoh 2 bulan ni  saya kena cari rumah sewa.

Pening memikirkan untuk cari rumah sewa yg sesuai dgn keluarga saya ni. Haritu saya dah dapat rumah sewa yg berdekatan dgn tmpt saya sekarang, dekat dengan sekolah Danish, tapi bila fikir balik kos minyak untuk ulang-alik tempat kerja, macam tak berbaloi rasanya. Jadi saya bincang semula dgn suami & dia pun setuju untuk cari rumah sewa lain yg dekat dengan tempat kerja saya.

Kawasan yg menjadi tumpuan kami sekarang ialah Bandar Seri Alam dan juga Taman Rinting. Tapi bukan semua rumah boleh masuk dalam senarai pencarian rumah kami. Jenuh jugak saya surf internet, Mudah.com tu jangan cakaplah, sehari lebih 10 kali saya masuk semata-mata untuk mencari rumah sewa. Tapi susah sungguh nak cari yg sesuai dengan keluarga saya.

Ciri-ciri rumah sewa yg saya cari; rumah teres setingkat atau apartment/flat yg ada lift, dekat dengan sekolah & kedai. Nampak macam tak susah nak cari rumah yg ada ciri-ciri macam saya nyatakan tu kan? Tapi sesungguhnya amatlah susah nak mencarinya.

Jadi sekiranya ada antara kawan-kawan saya yg terbaca entry ni, dan sekiranya tahu ada rumah yg hendak disewakan dan rumah tersebut memiliki ciri-ciri dan kawasan seperti yg saya nyatakan diatas, sudilah kiranya tinggalkan komen atau emailkan no. telefon tuan punya rumah tersebut kepada saya di eryne1908@yahoo.com.my. Terima kasih.

Sesungguhnya saya agak buntu dan tak tahu lagi mana saya nak cari rumah sewa ni. :(


Cantik combination color ni
* Pics dr Google

Oh, ini pun cantik. Tapi tak mampu la saya nak sewa rumah besar macam ni.
*Pics dari Google.

Friday, October 7, 2011

Blog Review - Kak Red @ Redmummy

Saya memang suka membaca blog orang lain. Tak kisah la blog siapa-siapa pun. Then ada satu hari tu, seperti biasa saya bloghopping sana sini, sekali terjumpa blog kak Red atau Redmummy. Kesian saya kan, padahal kak Red tu dah lama gila kot orang kenal dia. Saya ni je yg baru tau blog dia. Huhuhu... ketinggalan sungguh.

Walaupun blog saya ni langsung tak popular, yg datang pun maybe kawan-kawan saya je, saya tak kisah lah. Saya tetap nak review blog kak Red Diva tu. Kalau anda nak kata, "Apahal la blog picisan ni nak review blog org glam pulak eh". Ahhh... suka hati la anda nak kata apa ye. Hahaha, saya tak ambik port. :p

Saya suka baca blog kak Red, walaupun dia famous, tapi dari apa yg saya baca dekat blognya tu, once dia dah kenal follower or blogger lain insyaAllah boleh jadi kawan dia. Itu dari pemahaman saya melalui pembacaan blog beliau lah ye. Lagi satu, kak Red ni tak lokek. Kalau ada apa-apa event yang dia terlibat or dijemput and ada lebihan jemputan, sure dia akan jerit dekat Twitter or FB beliau. Melalui pembacaan saya, kak Red menyebutnya sebagai "Lantingan" hehehe. Seronok kalau dapat lantingan dari beliau kan. Lagipun gaya penulisan kak Red yg santai tu pun salah satu sebab saya suka ke sana. Nak diikutkan, kak Red selalu bercerita tentang family beliau sendiri yg mana gelaran family nya is Red Family. Suaminya dengan gelaran Sirman or Reddaddy, anak bujangnya Abang & anak daranya Gegirl. Now kak Red sedang pregnant, masuk 3rd trimester. Seronok baca entry kak Red mengenai surprise baby shower yg dianjurkan secara rahsia oleh geng GBM nya. Hehehe.

Disebabkan blog kak Red ni tersangatlah well-known, maka selalu la jugak kak Red ni sponsor post dari certain company to promote their product. Iklan from Nuffnang tu jangan cakap lah kan, ada sekali tu saya tgk kak Red post gambar cek yg dia terima dari Nuffnang, 2 cek tu total nearly RM30K. Wowww!!! Dengan rajin menulis blog saja kak Red dah boleh gain side income banyak gitu. Alangkah bagusnya kalau saya pun serajin kak Red. Tapi saya ni biasalah, menulis ikut mood. Agak-agak rajin, adalah benda saya nak tulis. Kalau malas tu, terbengkalai la jawabnya blog ni.

Saya belum berkesempatan nak khatam blog kak Red tu lagi, setakat ni saya baca latest entry sahaja. InsyaAllah, kalau ada kesempatan nnt saya akan baca blog kak Red tu sampai habis.

Alahai... spoil betul lah!

Sekarang ni saya dalam percubaan untuk mencari kerja baru. Bila dah terlalu lama kerja dekat sini, terasa macam takde adventurer lagi. Kerja yang sama di ulang setiap hari untuk tempoh 9 thn 6 bulan mmg akan membuatkan kita rasa bosan ya amat. Begitulah perasaan yg saya lalui sekarang. Dalam tempoh 9 1/2 thn itu jugak lah, tak sekali pun saya merasa di naikkan gred. Almaklum sekarang ni semua barang pun naik harga, so bila difikir-fikirkan, saya perlu cari duit lebih untuk membantu suami menampung kos kehidupan kami sekeluarga. Maka sebab itu juga lah saya buat keputusan untuk menghadiri temuduga dekat sebuah kilang, bukan dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Melalui Jobstreet saya memohon kekosongan jawatan "Senior Procurement Executive", dan bila mereka telefon untuk datang sesi temuduga, saya sangat-sangat teruja. Tak kisah la kalau saya tak dapat pun, at least saya datang untuk temuduga pun tak apa lah. Itu apa yg ada dalam fikiran saya pada ketika itu. Bila tarikh semua dah ditetapkan, maka saya pun datanglah ke kilang tersebut pada jam 9 pagi tadi. Lepas sesi temuduga tu dah separuh jalan, tiba-tiba penemuduga tu cakap jawatan yg dia tawarkan ialah Operation Assistant. Alamak! Apasal pulak lain. Haihhh... Dalam kepala dah macam-macam saya fikir, bila saya cakap, "Saya datang temuduga untuk jawatan Senior Procurement Executive". Tapi mereka jawab, "Oh, mungkin org kami salah bagi info, sebenarnya jawatan yg kami tawarkan ialah Operation Assistant"

Alahai... spoil betul lah kan. Saya ni bidang tugasnya lain, tak sama dengan apa yg mereka tawarkan. Mood agak menurun juga time tu. Tapi nak tunjuk yg saya tak berminat langsung tak boleh juga. Maka, saya tetap bertanyakan beberapa soalan berkenaan syarikat tersebut. Dari penjelasan mereka, benefit yg diberikan kepada pekerja agak menarik. Tapi bila diterangkan skop kerja, terus rasa tak menarik. Kerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. 5 hari seminggu. Tetapi jawatan yg ditawarkan memerlukan saya kerja lebih masa, mungkin paling lewat hingga pukul 8 malam. Hmmm... saya mmg jarang sekali kerja lebih masa, boleh dikatakan tak pernah. Jadi saya rasa jawatan tu tak sesuai untuk saya.

Tak apa lah. Kalau takde rezeki yg ini, saya tunggu rezeki lain sajalah. Jadi, mari kita bukak Jobstreet lagi. Hehehe :)

Friday, September 30, 2011

Mia's Birthday - Little party

Ok, saya tau entry ini agak terlewat byk (bukan terlewat sedikit). :)
Disebabkan gambar semua saya upload dekat PC di rumah, maka semua entry yg saya ingin tulis tertangguh. Saya malas nak save gambar-gambar dalam pen-drive, leceh betul nak resize.
So, semalam saya upload dulu gambar-gambar ni semua di sini kemudian save dekat draft. Sekarang baru saya mula menaip. Seperti biasa, semua update akan dilakukan di office :).

Pada mulanya saya merancang nak buat birthday party yg agak besar sikit la untuk anak dara saya ni. Tapi memandangkan emak saya dah berpindah ke rumah yg lebih kecil, maka terpaksalah saya simpan dulu hasrat nak buat majlis tu ke tahun akan datang. InsyaAllah kalau tiada halangan.

Sebenarnya birthday Mia was on 9th September, tapi disebabkan tarikh tu saya bekerja maka saya cakap dengan hubby nak belikan dia cake & buat sikit party just within our family on the 16th, kebetulan hari tu cuti Satu Malaysia. Saya cakap dengan mama saya yg saya nak celebrate sikit birthday Mia kat sana. So, beli la belon & topi untuk anak-anak saya & anak sedara saya. Alah, tak ramai pun. Saya tak jemput org lain selain keluarga saya, keluarga adik-adik saya & juga cousin saya. Just suka-suka untuk buat anak dara tu rasa happy je. 

Beli cake Chocolate Marshmallow from Secret Recipe. Pastu mama saya masak lauk best-best jugak, kebetulan ada kawannya nak datang beraya, so saya pun tumpang beli cake je lah. Then lepas makan semua, saya keluarkan cake & kami semua nyanyi lagu Happy Birthday utk Mia. Tapi entah kenapa agaknya, boleh dia menangis sekuat-kuatnya time orang habis nyanyi lagu tu. Suruh tiup lilin pun tak nak, so abangnya la yg take over tiup lilin atas cake. Hehehe.

Itu sahaja yg kami sempat buat untuk birthday Mia tahun ni. InsyaAllah, next year akan plan a proper birthday party for both of them, Mia & Danish. Hmm... next month birthday si abang pulak. Tak tau lagi nak buat apa untuk dia. But itu nanti boleh plan. :)

Enjoy the pics taken, tak byk pics sbb camera man nak cepat keluar sebab nak jemput kawan mama yg kesesatan. Hehehe. :)

Chocolate Marshmallow Cake from Secret Recipe

See anak dara ni menangis.

Adik refuse tiup lilin, so abgnya la yg take over her place. Sebelah abg tu anak cousin saya.
Pretty lady kat sebelah kanan is my sister in law :)


Time nak potong cake dah berhenti menangis. Dari kiri Aisy (my nephew), Hakim (cousin's son), Danish & Mia.

Potong cake time :)

Dah puas nangis, dapat belon terus happy


Mia with her nenek.

Dia ni mmg susah nak jumpa. Adik saya yg no. 3 with her daughter

Aisy & Mia

Wednesday, September 28, 2011

Thursday, September 15, 2011

Jangan jadi org bongkak yg merendahkan org lain!

Sebenarnya ada one of my ex-office mate telah mengeluarkan kata-kata yg agak laser di FB sebentar tadi.
Niat saya yg sekadar berbasa-basi bertanyakan tempat kerja barunya telah bertukar menjadi perang komen di Wall FB kawan tersebut.


Sebab tu ada peribahasa kata, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" tapi terma tu dah boleh diaplikasikan bukan setakat di mulut, malah di tangan dah otak pun boleh juga. Al-maklum zaman serba serbi di hujung jari sekarang, mana guna mulut je, tangan pun turut serta jadi wakil mulut.


Alkisah saya cuma bertanyakan sikit je, komen saya kpd si kawan "lepas 2 years nnt lompat kerja lain lagi ke?" 
Kemudian komen yg agak pedas dibalas beliau "It depends... Selagi boleh and ada market.... Daripada dok setempat x maju2".
Kata-kata sebegitu seolah-olah ditujukan kepada saya yg dah bekerja di tempat yg sama utk 9thn ++, kalau anda jadi saya, mesti rasa bengang. Maka, timbul rasa tak puas hati dalam diri, hati saya berkata, "Eh, suka suki dia je nak sound orang"
Maka saya pun mengeposkan sedas ayat yg boleh saya kategorikan sebagai pedas utk membalas komen kawan itu.
Berbunyi begini, "amboi ayat.... bukan masalah duk setempat x maju2, tp kalu apply keja then org tgk resume mesti org wondering "apesal dia ni every 2 years je tukar keja, ada masalah ke hape budak ni?" 
imej tu beb, imej... tapi kan, kalu every 2 years tukar keja then dpt beli umah banglo sejibik, keta mewah berbijik2 takpelah... kalu takat duk gitu je, tak yah lah... hahaha"
Mungkin si kawan tu tak puas hati dengan komen saya, maka dibalas komen saya dengan berkata begini,
"Hahaha..... Ayat ngko pon boleh tahan.... Meh kita compare payslip.. Tgk berbaloi le tak... Hahhah.... Apa yg penting kepuasan diri and keje... Dari asyik komplen tmpt keje tak best lah... Politik lah.... Hehehe"
Tak cukup dengan tu, dia tambah ini pulak,
"Berenti masuk balik yg tak tahan tu...hehheye.... lebih baik ketuk tin yg penuh walaupun bunyinya perlahan... Dari mengetuk tin yg kosong... Hhehehe.... Peace"


Wah... wah... wah... Bila ungkit cerita saya berhenti dari kerja & join company ni semula, mmg buat saya mendidih jugak lah. Jadi saya susun ayat baik punya utk balas komen kawan tersebut.
"ok, nak compare payslip wat pe der, wa tau lu mmg dpt lebih, dah every 2 year lompat keja sana sini, mana x lebih kan, biar tmpt keja x best, biar diaorg byk politik, tp hati senang kerja dgn kawan2 yg best
takpelah dpt increment takat tu, x kisah la management pilih kulit, yg penting hati senang kerja sini
PURCHASING x kena kacau teruk, sbb tu staff dia still loyal kat sini"
Di sambung lagi dengan ini,

"beb, berenti masuk balik tu atas sebab dipanggil, and not because of me yg beriya2 nak keja semula kat sini
why dipanggil balik? sbb org tau keja kita camane, daripada kita kluar, lepas tu org duk kutuk "eh, mamat tu berenti keja dulu byk keje dia terbengkalai, dah aku yg kena settle"
buat ape kan. lu ketuk la tin penuh, asal lu bahagia
wa x kisah kena ketuk tin kosong, asal wa tak melompat keja sana sini every 2 year PEACE!!!"


Masa ni mmg saya rasa muka dah panas je. 
Then komen dr si kawan tu masuk lagi, tapi kali ni dah agak slow down,
"Wah.... Ayat pasrah she... Heyeye... That is life sis... We usually are not sarisfied with what we already have... Some like me take the aggresive approach... Some just flow with the wind... Some buat donno je... What's important is our own happiness..... Who cares what other thinks... "


Saya masih tak berpuas hati, maka saya reply lagi

"ayat pasrah ke? oh tidak, itu bukan pasrah, itu namanya redha, pasrah & redha terma yg berbeza makna
pasrah umpama kita TERPAKSA bersyukur dgn apa yg kita ada, which is not right
redha is kita IKHLAS and bersyukur dengan apa yg kita dapat or ada.
kalau kita tak redha dengan rezeki yg kita dapat, tak berkat la hidup kita.
but for me, utk tukar-tukar kerja every 2 years is not a good image to portray ourselves 
just my 2cents opinion, lain org lain pendapatnya"


And after that, terus si kawan tu senyap, tak reply apa-apa lagi. Saya cuba reply komen melalui email sekali lagi, tapi amat memeranjatkan bila saya mendapat notification berbunyi "Kiriman atau objek yang anda memberi komen telah dipadam  oleh pemiliknya dan tidak boleh dikomen lagi."
Si kawan tu dah delete komen-komen tadi. Apakah maknanya? Dia malu? Bengang? Or rasa tercabar ke?


Sebab tu beringat la wahai kawan-kawan. TOLONG la berfikir dahulu sebelum anda mengepos sesuatu dia FB, Twitter atau di mana-mana sahaja laman sosial. Sebab bila kita post, tak sama dgn nada org baca. Kalau kita bercakap berdepan, mungkin kedengaran seperti bergurau. Tapi bila kita berkomunikasi melalui internet, tiada bunyi, tona org baca berbeza-beza. Daripada kita berbaik-baik, mungkin hubungan akan menjadi renggang.


Janganlah kita menjadi org yg bongkak dan berbangga dengan apa yg kita ada, bak kata-kata yg saya ambil dari Twitter Sham Kamikaze pg tadi "Nama,pangkat dan harta semua tiada guna di akhirat kelak,melainkan amalan kita belaka. Mari kita tukarkan prioriti kita mulai sekarang untuk menjadi HAMBA Allah,bukan hamba dunia"