CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label My POV. Show all posts
Showing posts with label My POV. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Perkara menyakitkan hati di atas jalan raya

Pernah tak awak rasa sangat-sangat annoying dengan kereta kat depan yg bawak slow macam siput tapi ada hati nak duduk kat lane kanan? Pernah tak? Pernah tak? Confirm pernah kan.

Contoh muka saya kalau tengah sakit hati. Voley???


Selama saya jadik co-driver ni, lebih-lebih lagi hari-hari melalui jalan yg sama Pasir Gudang - Tampoi setiap hari, memang selalu sgt lah berdepan dengan situasi macam ni. Yg peliknya, driver kereta depan tu boleh selamba badak dia je bawak makan angin duduk kat lane kanan even dah kena 'cucuk' dengan kereta kat belakang dia tu kan. Eh! Dia orang ni tak nampak ke kereta kat belakang tu dah rapat pun masih boleh lenggang kangkung bawak kereta dgn kelajuan 60-70km/jam dekat jalan yg halajunya 90km/jam. Ada yg lagi agak kurang beradab sopan, dah kena bagi lampu tinggi (high beam) pun masih boleh buat tak tau je ok. Wahhhh!!!! Mmg panas hati kalau jumpa pemandu macam ni. Macam jalan tu dia sorang je yg bayar road tax ek?


Ohhh... Tolonglah. Tak belajar undang-undang jalanraya ke? Kalau dah tentu-tentu awak tu nak bawak kereta slow, ke tepilah... Bawak dekat lane sebelah kiri, kan lane kiri tu mmg dikhaskan utk awak bawak slow, kenapa mesti nak bawak slow tapi duduk kat lane belah kanan? EEEIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! Sangat-sangat menyakitkan hati tau!


Apa yang saya tengok dekat jalanraya sekarang dah terbalik. Orang-orang bawak slow semua duduk kanan, sesiapa nak laju kena memotong sebelah kiri. Entah cikgu memandu mana yg ajar diaorg macam tu agaknya. Menyusahkan orang dan tak tahu nak bertimbang rasa.


Itu baru kes bawak slow kat lane kanan, belum lagi kes yg nak masuk or keluar simpang yg tak reti nak bagi signal. Orang spesis macam ni paling menyusahkan orang, sebab dia jugak la orang lain boleh accident. Agaknya dia punya tahap kecerdasan otak mmg teruk sangat, sbb tu tak pandai nak pasang lampu signal kalau nak belok. Orang-orang macam ni kan, macam mana diaorg boleh lulus ujian memandu dengan JPJ eh? Ke dia tak pergi ujian tapi beli lesen terbang je? Kenapa mesti ada orang macam ni kat atas jalanraya? Aduhaiiii boleh jadik stress kalau berdepan dengan situasi orang bongok macam ni tau. 


Tapi saya tak kata semua pemandu macam tu, ada situasi yg sama tapi di jalan yg berbeza di JB ni kalau nak dibandingkan ditempat lain. Contohnya kalau memandu di KL. Wahhh!!! Saya suka pemandu-pemandu di sana, sangat bertimbang rasa dengan pemandu lain. Kalau mereka memandu agak slow di lane kanan, dan ada kereta lain yg lebih laju di belakang, secara automatik pemandu yg slow tadi akan beri signal ke kiri dan dengan selamat mereka beralih memandu ke lane kiri. Dan dalam apa jua situasi mereka, nak beralih lane, nak masuk simpang, nak keluar simpang, lampu signal akan sentiasa di pasang mengikut kesesuaian. Sangat bagus sikap pemandu sebegini. Tapi tu lah, dekat JB ni dah susah nak jumpa pemandu yg berhemah macam ni. Mmg susah sangat, macam kalau ada pun dalam nisbah 1:100 agaknya. 


Kalau anda tanya saya macam mana suami saya memandu, dia mmg org yg jarang bawak slow. Jadi kalau pergi balik kerja tu mmg dia akan memandu di lane kanan sahaja lah. Tahu-tahu sajalah kalau dah duduk di lane kanan, confirm meter tu akan naik sampai 100-110km/jam walaupun di lebuhraya Pasir Gudang. Jangan time laju-laju tu tetiba jumpa orang bawak slow, lepas tu tak nak beralih ke lane kiri, mmg hangin la jawabnya. 


So, kepada anda yg selalu memandu, pastikan anda memandu di lorong yg betul. Kiri utk perlahan dan kanan utk laju. Janganlah sampai anda menyusahkan orang lain yg nak memandu dengan laju, manalah tau kot-kot diaorg tu ada kecemasan kan, jadi anda beralih la ke lorong kiri. Sesuai dengan kelajuan anda. Beri lampu isyarat atau signal sekiranya anda nak belok kiri atau kanan. Jangan disebabkan kecuaian anda mendatangkan masalah/bencana kepada orang lain. Jadilah pemandu yg berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.

Thursday, December 15, 2011

KFC yg bengong!



Korang teruja tak kalau dapat voucher free gini? Kompem la excited kan?
Baru je semalam dapat email voucher KFC ni from one of my friend dekat office, saya dah siap print-out and distribute pada my colleague. Mula-mula ingat scam macam yg pernah jadi dekat Mc Donald dulu. Then my colleague confirm kan yg ada kawan dia dah pergi redeem voucher tu and makan dengan senang hati. So, we all pun excited sangat nak pergi la kan. Saya ingat nak redeem semalam, then we have dinner kat tempat lain pulak. So postpone la ingat nak redeem masa kita pergi Melaka nanti. Eh! Lupa nak cerita pasal pegi Melaka tu, takpe nnt next entry saya story ye.

Ok, balik pada cerita voucher KFC semula.

Pagi ni saya datang kerja macam biasa, cek email semua. Then terbaca my friend tag me dekat FB cakap voucher tu dah kena tarik balik due to overwhelm respond from public. Masa tu tak percaya sangat la sebab baru je semlm voucher tu keluar takkan harini dah cancel kan. So, saya pun cakap dgn my colleague yg email this voucher to me. Dia pun mula-mula tak percaya, then dia call kawan dia rasanya. And it is true this voucher mmg dah ditarik balik by KFC.

Bengang tak bengang la kami semua ni kan. Baru nak redeem tup-tup dah kena tarik balik. Macam mana marketing KFC ni buat kerja? Kalau dah tau respond yg bakal diterima tu menggalakkan, buat la in a proper way. Macam buy one free one ke (like Mc D pernah buat dulu), so kalau macam ni takde la dia rasa rugi sangat or apa kan. Ini syarat yg dia bagi, with any purchase at KFC can get this Double Zinger Burger for Free. In set pulak tu. Sia-sia je KFC ni kena maki berbakul-bakul dengan org yg tak puas hati. Baik-baik kita nak pergi sana terus ban. BAN ok! Mungkin saya takkan pergi KFC utk tempoh beberapa bulan akan datang. So, padan muka ye KFC, anda telah mengecewakan pelanggan anda sendiri.

Saya bukan la mengharap sgt nak makan benda free tu. Ala korang kalau dapat voucher free gini mesti suka kan. Melainkan orang yg tak suka makan lah. It is not about the 'menghadap sgt nak makan free' tapi it's about the way they do the marketing, sangat-sangat tidak menggambarkan tahap profesional mereka. It is not a good etiquette. Memberi lepas tu tarik balik. Sangat-sangat buruk siku hokey!!!

To KFC, ucapan pendek untuk anda "KALAU TAK MAMPU JANGAN BUAT!"
Sekian, terima kasih.
Dari kami,
Pelanggan yg menyampah dgn anda.

Thursday, November 17, 2011

Emosi - Menonton & Membaca

Hmmm... anda semua kalau tengok cerita sedih atau happy, macam mana reaksi muka? Pernah tak anda perasan?

I have to admit, yg saya ini seorang yg emosi ketika menonton. Tak kira cerita apa pun yg saya tengok, English, Malay, Hindustan, Chinese and etc, sure saya akan tengok dengan tekun dan emosi. Sampai suami saya kata saya cengeng atau tak betul. Hampeh kan?

Normal la kalau tengok cerita sedih, sure meleleh air mata. Kalau tengok cerita love story yg happy ending, sure senyum sampai telinga, kalau tgk cerita yg buat sakit hati, sure mulut ni mengutuk si jahat dalam cerita tu. Adat la tu kan. Hahaha. Kalau org lelaki tu lain lah, suruh la dia tgk cerita apa pun, sedih macam mana cerita tu pun takde nya dia nak feeling sedih.

Ada sekali saya tengah tengok drama (tak ingat drama apa), suami saya cakap kat anak saya,
Suami: "Tgk mommy tu, cengeng, sikit-sikit nak nangis".
Saya: "Eh, orang sedih la tgk cerita tu. Mestilah nak nangis, tu namanya penghayatan tgk drama"
Hahaha...

Then sekali lagi suami saya nampak, masa tu saya tgk drama jugak rasanya. Tapi masa babak romantic suami isteri rasanya, masa tu saya tengah tersenyum tgk adegan tu.
Suami: "Tgk adik, mommy senyum sorang-sorang, macam org tak betul dah tu"
Saya: "Sibuk la abg ni, orang senyum salah, menangis salah. Dah cerita tu tgh babak best, orang suka, mesti lah senyum je"
Saya: "Abg tu tgk drama takde perasaan gaknya, sebab tu la tgk tapi takde apa-apa tindak balas"
Hehehee... geram kadang tu, sebab saya ni mmg la org yg sensitif. Bukan takat menonton saja, kalau membaca novel pun sama. Kalau tengah cerita sedih, mmg bergenang-genang air mata masa tgh baca tu. Samapi kena stop lap air mata, pastu sambung baca semula. Nampak sangat saya menghayati kan?
Hehehehe.

Saya mmg suka menghayati setiap apa yg saya tonton dan juga baca, saya mahukan kepuasan dalam hati. Sekiranya saya setakat baca atau tonton tanpa menghayati, baik saya tak payah buang masa. Buat kerja lain lagi bagus. Tapi mungkin orang lelaki ni lain sikit, mereka ni kurang sensitif dengan benda-benda macam ni.

Baru-baru ni, saya tengok AIM. Semua org tahu pembukaan AIM masa tu Najwa Mahiadin yg buat persembahan kan. Saya tak nafikan suaranya mmg bagus, dia boleh bawak macam-macam genre lagu. Dari lagu Melayu Klasik, Pop Rock, Balad, eh boleh kata semua genre lagu dia nyanyi sedap lah. Saya mmg suka dia nyanyi masa AIM haritu.

Then semalam dengar lagu Got To Go dekat radio. Saya cakap dgn suami:-
Saya: "Nak beli la CD Najwa ni, lagu-lagu dia boleh tahan sedap"
Suami: "Mana ayang tau?"
Saya: "Haritu kan ada dengar dia nyanyi dekat AIM, tapi tu lah dia nyanyi dah sedap, tapi ekspresi muka dia tu sama je, macam takde feel kat lagu-lagu yg dia nyanyi"
Suami: "Eh, ok apa dia nyanyi macam tu"
Saya: "Mmg la dia nyanyi sedap, tapi kalau tgk muka dia tu, rasa macam tak sampai je apa yg dia nyanyikan"
Suami: bla... bla... bla... belajar dekat oversea... bla... bla... bla...
Meleret-leretlah perbualan kitaorg tu sampai nama Afdlin & bebudak belajar kat AF pun masuk. Hahaha...

Kadang-kadang conversation yg lain dari lain ni la yg akan buat topik perbualan tu jadik meleret-leret. Kesudahannya apa yang saya boleh katakan, Najwa Mahiadin nyanyi mmg suaranya best, tapi persembahan beliau seperti kurang penghayatan, jadi saya setakat suka dengar dia nyanyi saja, tapi kurang gemar persembahan dia.

Saya rasa mungkin ada antara anda sependapat dengan saya. Kalau apa yg kita tonton atau dengar, tapi jika setakat menonton dan mendengar tanpa ada penghayatan, takkan sampai maksudnya kepada umum. So, let your emotion take control when you watch movie, drama, read a novel or anything else. Confirm puas hati towards the end. :)

Thursday, September 15, 2011

Jangan jadi org bongkak yg merendahkan org lain!

Sebenarnya ada one of my ex-office mate telah mengeluarkan kata-kata yg agak laser di FB sebentar tadi.
Niat saya yg sekadar berbasa-basi bertanyakan tempat kerja barunya telah bertukar menjadi perang komen di Wall FB kawan tersebut.


Sebab tu ada peribahasa kata, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" tapi terma tu dah boleh diaplikasikan bukan setakat di mulut, malah di tangan dah otak pun boleh juga. Al-maklum zaman serba serbi di hujung jari sekarang, mana guna mulut je, tangan pun turut serta jadi wakil mulut.


Alkisah saya cuma bertanyakan sikit je, komen saya kpd si kawan "lepas 2 years nnt lompat kerja lain lagi ke?" 
Kemudian komen yg agak pedas dibalas beliau "It depends... Selagi boleh and ada market.... Daripada dok setempat x maju2".
Kata-kata sebegitu seolah-olah ditujukan kepada saya yg dah bekerja di tempat yg sama utk 9thn ++, kalau anda jadi saya, mesti rasa bengang. Maka, timbul rasa tak puas hati dalam diri, hati saya berkata, "Eh, suka suki dia je nak sound orang"
Maka saya pun mengeposkan sedas ayat yg boleh saya kategorikan sebagai pedas utk membalas komen kawan itu.
Berbunyi begini, "amboi ayat.... bukan masalah duk setempat x maju2, tp kalu apply keja then org tgk resume mesti org wondering "apesal dia ni every 2 years je tukar keja, ada masalah ke hape budak ni?" 
imej tu beb, imej... tapi kan, kalu every 2 years tukar keja then dpt beli umah banglo sejibik, keta mewah berbijik2 takpelah... kalu takat duk gitu je, tak yah lah... hahaha"
Mungkin si kawan tu tak puas hati dengan komen saya, maka dibalas komen saya dengan berkata begini,
"Hahaha..... Ayat ngko pon boleh tahan.... Meh kita compare payslip.. Tgk berbaloi le tak... Hahhah.... Apa yg penting kepuasan diri and keje... Dari asyik komplen tmpt keje tak best lah... Politik lah.... Hehehe"
Tak cukup dengan tu, dia tambah ini pulak,
"Berenti masuk balik yg tak tahan tu...hehheye.... lebih baik ketuk tin yg penuh walaupun bunyinya perlahan... Dari mengetuk tin yg kosong... Hhehehe.... Peace"


Wah... wah... wah... Bila ungkit cerita saya berhenti dari kerja & join company ni semula, mmg buat saya mendidih jugak lah. Jadi saya susun ayat baik punya utk balas komen kawan tersebut.
"ok, nak compare payslip wat pe der, wa tau lu mmg dpt lebih, dah every 2 year lompat keja sana sini, mana x lebih kan, biar tmpt keja x best, biar diaorg byk politik, tp hati senang kerja dgn kawan2 yg best
takpelah dpt increment takat tu, x kisah la management pilih kulit, yg penting hati senang kerja sini
PURCHASING x kena kacau teruk, sbb tu staff dia still loyal kat sini"
Di sambung lagi dengan ini,

"beb, berenti masuk balik tu atas sebab dipanggil, and not because of me yg beriya2 nak keja semula kat sini
why dipanggil balik? sbb org tau keja kita camane, daripada kita kluar, lepas tu org duk kutuk "eh, mamat tu berenti keja dulu byk keje dia terbengkalai, dah aku yg kena settle"
buat ape kan. lu ketuk la tin penuh, asal lu bahagia
wa x kisah kena ketuk tin kosong, asal wa tak melompat keja sana sini every 2 year PEACE!!!"


Masa ni mmg saya rasa muka dah panas je. 
Then komen dr si kawan tu masuk lagi, tapi kali ni dah agak slow down,
"Wah.... Ayat pasrah she... Heyeye... That is life sis... We usually are not sarisfied with what we already have... Some like me take the aggresive approach... Some just flow with the wind... Some buat donno je... What's important is our own happiness..... Who cares what other thinks... "


Saya masih tak berpuas hati, maka saya reply lagi

"ayat pasrah ke? oh tidak, itu bukan pasrah, itu namanya redha, pasrah & redha terma yg berbeza makna
pasrah umpama kita TERPAKSA bersyukur dgn apa yg kita ada, which is not right
redha is kita IKHLAS and bersyukur dengan apa yg kita dapat or ada.
kalau kita tak redha dengan rezeki yg kita dapat, tak berkat la hidup kita.
but for me, utk tukar-tukar kerja every 2 years is not a good image to portray ourselves 
just my 2cents opinion, lain org lain pendapatnya"


And after that, terus si kawan tu senyap, tak reply apa-apa lagi. Saya cuba reply komen melalui email sekali lagi, tapi amat memeranjatkan bila saya mendapat notification berbunyi "Kiriman atau objek yang anda memberi komen telah dipadam  oleh pemiliknya dan tidak boleh dikomen lagi."
Si kawan tu dah delete komen-komen tadi. Apakah maknanya? Dia malu? Bengang? Or rasa tercabar ke?


Sebab tu beringat la wahai kawan-kawan. TOLONG la berfikir dahulu sebelum anda mengepos sesuatu dia FB, Twitter atau di mana-mana sahaja laman sosial. Sebab bila kita post, tak sama dgn nada org baca. Kalau kita bercakap berdepan, mungkin kedengaran seperti bergurau. Tapi bila kita berkomunikasi melalui internet, tiada bunyi, tona org baca berbeza-beza. Daripada kita berbaik-baik, mungkin hubungan akan menjadi renggang.


Janganlah kita menjadi org yg bongkak dan berbangga dengan apa yg kita ada, bak kata-kata yg saya ambil dari Twitter Sham Kamikaze pg tadi "Nama,pangkat dan harta semua tiada guna di akhirat kelak,melainkan amalan kita belaka. Mari kita tukarkan prioriti kita mulai sekarang untuk menjadi HAMBA Allah,bukan hamba dunia"



Monday, August 9, 2010

Budi bahasa budaya kita (>.<)

Tajuk entry cam bagus je kan... hahahha..
Budi bahasa budaya kita. Yeahhhh.. That’s right. Saya selalu terdengar lagu ni samada kat radio ataupun TV. Saya rasa, semua org tau yg orang Malaysia ni kaya dengan budi bahasa, tapi ada jugak certain people kat Malaysia ni yg sangap. Tak tau apa makna budi bahasa. Penat kerajaan melaung-laungkan kempen budi bahasa, bayar artis utk nyanyi, bayar production house utk buat iklan, bayar model utk berlakon dlm iklan… tapi takde gunanya kalau kesedaran sivik tu tak wujud dalam diri org yg sangap nih. Ishhh… saya mmg geram sgt nih…


Cerita saya harini ada kaitan dengan apa yang saya tulis kat perenggan pertama tu. Tapi saya tujukan pada peniaga lah ye, sebabnya kisah yg terjadi ni masa saya tanya harga sekodi dekat seorang makcik yg jual tudung. Nak meniaga tu buat la cara nak meniaga, ini tak.. Ayat2 yg agak menyakitkan hati & memanaskan telinga dia keluarkan pada bakal2 customer.

Semalam, saya pergi pasar pagi kat pekan Sri Medan. Rumah MIL saya kan kat sana, jadik tetiap kali balik SM mmg x penah miss la pegi pasar pagi tu. So, saya ni saja la nak riki harga tudung utk pembelian borong. Niat dalam hati nak tambah stok tudung kat butik online saya. Disebabkan saya sampai awal sgt, byk kedai masih belum siap susun atur barang2 yg dijual. So, saya just round2 je dulu. Sampai kat satu kedai makcik ni, saya tgk tudungnya cantik. Jadik saya pun tanya la kat tuan punya kedai tu. Masa tu makcik tu tengah susun tudung2 kat atas meja display dia tu.
Dialognya bunyi lebih kurang camnih:-

Saya: Cik, harga tudung ni berapa?

Makcik: Selai 30 ringgit, yg ada batu tu mahal sket, 35.

Saya: Kalau saya nak beli sekodi kira camana ye?

Makcik: Kalau sekodi saya kira selai RM25 utk yg takde batu.

Saya: (agak terperanjat sbb harganya agak mahal, so saya ulang tanya)

Kalau saya ambik sekodi pun harga 25 je? Tolak lima ringgit je ke?

Makcik: (dengan muka kerek dia jawab) Abis tu awak nak untung jual tudung selai sepuluh ringgit ke? Mana dapat.

Saya: xpelah makcik, time kasih ye.

Terkejut saya dengar apa makcik tu cakap. Wahhhh… sgt “berbudi bahasa” ketika menjawab pertanyaan saya. “Tinggi budi pekertinya”.
Memang saya takkan beli apa2 dari kedai makcik tu utk seumur hidup saya. Macam tu ke cara jawab soalan? Itu ke etika berniaga? Owh… sungguh tak beradap, sangat tak mencerminkan Budi Bahasa Budaya Kita.

Saya menyuarakan rasa tak puas hati pada cik abg. Suami saya kata, “Ala, xpelah. Orang tua mmg gitu, tak berapa reti nak communicate dgn org”. Isk isk isk… nasib baiklah time tu saya tak berapa nak “angin” sangat. Tapi tetap tak puas hati dengan cara makcik tu.

Saya mintak maaf kalau ada yg tersinggung, tapi saya rasa sangat tak best kalau seseorang yg berniaga mengeluarkan kata2 sebegitu terhadap bakal pelanggan. Nanti baik2 org tu nak beli dengan dia, terus tak jadik beli. Apa-apa pun, peringatan ni ditujukan buat diri saya juga. Sebab saya pun meniaga, cuma cara saya dan makcik tu meniaga tak sama. Maka cara komunikasi saya dengan pelanggan saya juga lain. Tapi saya seboleh-bolehnya tidak akan mengeluarkan ayat sedemikian, demi utk menjaga hati pelanggan.

Tu jer lah bebelan saya utk hari ni. Mudah-mudahan saya takkan berjumpa dengan spesis org sangap camni lagi.
Sekian, terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

Anda shop online tak?

Anda suka shopping online? Saya rasa mesti ramai yg selalu shop online kan…

Saya ni termasuklah dlm kategori org yg selalu membeli-belah di alam maya…
Selalunya beli baju utk anak2, x pun tudung, x pun shawl…
Bebaru ni pencuci muka pun saya beli online, jamu pun sama.. hahaha…

Kadang2 harga barang2 online memang x masuk akal, tp sbb dah berkenan maka pejam je lah mata utk beli… Tapi pada saya lah kan, kalau beli supplement atau facial set mmg murah kalu kita beli online. So, jimat duit kat situ…

Sebenarnya bukan nak citer pasal harga barang2 yg jual online, mungkin isu barang mahal online ni dah basi, dah x tau nak cakap camane. Pada saya, kalu kita rasa barangnya mahal, jgn beli. Senang je. Cuma apa yg membuatkan saya agak kesal sket dengan sikap peniaga yg mana pada saya agak kurang ambik perhatian lepas kita bayar harga barang yg kita order tu.

Lately saya tgk, most peniaga online (saya tak kata semua) macam bagi alasan x munasabah lepas kita bayar barangan yg kita nak beli tu. Ok, untuk mudah difahami saya bagi satu scenario.

Anda blog hop dari satu shop blog ke shop blog yg lain, then ternampak barang yg anda suka dan terus nak beli. Lepas isi form and submit order, paling cepat tuan punya blog tu akan reply dlm masa 15 min – 30min, paling lambat pula maybe dlm sehari atau dua. Tapi yg saya nak cerita ni situasi yg mana tokey blog bg reply email dgn pantas lepas kita isi order form.

Ok, tokey dah reply email order. Dlm email, tokey blog tu advise berapa banyak anda kena bayar, cara payment & validity time utk membuat pembayaran, maka anda yg excited nak membeli ni terus buat bayaran dgn TT duit ke dalam a/c tokey blog tu dan dengan semangat reply email tokey tersebut dan paste kan transaction details, dengan harapan anda akan terima balasan email yg pantas dr si tokey blog itu sebagaimana dia reply order form time anda nak order barang.

Tapi malangnya, email yg ditunggu2 utk mengesahkan payment diterima oleh tokey tak kunjung tiba kat inbox anda. Anda tunggu sejam… dua jam… tiga jam… 4 jam… tp still x terima jugak acknowledge payment email dr si tokey. Anda pun mulalah risau & forward sekali lagi transaction payment pada si tokey dan dlm email tu anda mention begini:
“saya dah buat payment, tapi kenapa masih belum ada jawapan dari pihak tuan. Sila lihat bukti bayaran di bawah utk rujukan anda dan reply email saya berkenaan status penghantaran barang tersebut seberapa segera”

Tak cukup dgn forward email, anda SMS lagi pada si tokey dan tanya samada dah cek email atau belum.
Selang beberapa minit lepas tu barulah anda terima email dari si tokey, emailnya bunyi lebih kurang camni:
“hai, sori lambat reply. Saya sedang bekerja jadik x sempat nak cek email selalu sgt. Payment received, esok saya poskan barang awak ye. TQ”

Tak ke anda rasa cam nak hempuk tokey tu?
Tak ke anda rasa cam nak bagi selapanbelasduapuluhtiga kali tamparan kepada beliau?
Tak ke anda rasa cam nak tolak beliau dari bangunan 13 tingkat?
Ooooooooo… time reply order form ada pulak masa nak cek email yek, time cek email org dah buat payment dan2 tu jugak la kata bz. Kalau betul kata bz, email order form tu reply la time malam2, time dah balik rumah, time dah x keja... kenapa mesti time nak reply email acknowledge payment tu boleh kata bz...

Saya bukan sekali je terkena camnih, infact dah banyak kali… dan bukan dgn org yg sama… peniaganya lain2… Ni belum lagi citer pasal tokey lupa hantar barang, duit nak cepat tp hantar barang lambat… Haihhh… ni lah risiko2 yg perlu kita hadap kalu kita beli barang online. Kita sebagai pembeli ni mmg kena bersabar byk2… tapi sebab saya rasa cukup x puas hati bila ramai sgt peniaga lately buat camnih maka saya kena luahkan jugak.
Saya bukan nak kondem org2 yg jual online nih, sbb saya sendiri pun peniaga online, tapi saya mmg tidak akan bersikap spt itu utk customer2 saya… bukanlah saya nak kata yg saya ni bagus sgt, tp kita sendiri fikirlah apa perasaan kita kalu kita jadik pembeli & penjualnya bersikap camtu. Mesti kita x suka kan. So, vice versa lah.

Sekali lagi saya nak bg tau, bukan semua peniaga online bersikap sedemikian, ada jugak tokey2 yg bagi servis tip top. Pada peniaga2 ni mmg akan menerima pembelian seterusnya dari saya… saya suka tokey yg cepat bg respond pada apa2 jugak permintaan pembeli.

So, kepada semua peniaga online (peringatan ini termasuk utk diri saya juga), respond anda kepada pembeli selepas pembayaran dilakukan amatlah penting. Ini utk menjaga nama baik anda dan juga imej kita sebagai peniaga online. Jgn disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.