Thursday, August 11, 2011
11 Ramadhan 1432 Hijrah - Bazar Ramadhan JB
Assalamualaikum.
Its been a while since my last entry. Gila lama tak update blog, 1st day puasa pun tak sempat nak wish apa2 (macamlah ramai no org singgah blog ni kan). Disebabkan harini saya sampai ofis pukul 7am, maka saya pun menulis la semula di sini.
Hmmm... diam tak diam harini dah hari ke 11 kita semua berpuasa tahun ni, atau lebih tepat tarikh harini ialah 11 Ramadhan 1432 Hijrah (sbb kurang pasti thn ni thn Hijrah yg ke berapa, saya siap google dulu.. hehehe). Setakat ni, alhamdulillah masih dapat merasa nikmat berpuasa seperti tahun-tahun yg sudah, cumanya saya tak dpt menyambut hari pertama hingga hari ketiga puasa gara-gara "kawan baik" saya dtg menjengah tiap bulan. :)
Alhamdulillah juga, anak bujang saya, Danish Irfan boleh berpuasa penuh, cumanya tiga hari pertama berpuasa dia cuma puasa separuh hari. Tapi lepas dia tgk kita org kat rumah semua puasa penuh, dia pun semangat nak ikut puasa sampai waktu berbuka. Ada jugak hari-hari yg dia request nak berbuka separuh hari, tapi saya pujuk dia supaya sabar. Saya janji akan bagi duit raya jika dia berpuasa penuh. Nampak macam tak ikhlas suruh dia puasa, tapi takpelah. Sekadar nak reward sikit utk usaha dia berpuasa. Itu saje, takde niat lain.
Cerita pasal berbuka, saya rasa setakat ni belum betul-betul masak yg best utk berbuka. Tak sempat, walaupun ofis bg kelonggaran balik awal setgh jam dr waktu biasa, tapi kalau dah semua kilang kat Pasir Gudang ni keluar serentak, mau tak jammed jalan. So, selalunya beli lauk dekat kedai ataupun dekat bazar saje. Cerita pasal bazar ramadhan, mmg menjadi agenda saya dan suami utk jengah 2 tmpt utama bazar ramadhan yg jadi tumpuan setiap kali berpuasa.
Kami suka cari bazar yg meriah dgn peniaga dan pembeli, maka tempat 1st yg saya pergi ialah bazar ramadhan Kg. Melayu, Majidee. Mak ooiii, ramai gila org kat sana. Pilihan makanan jangan cakap lah, macam-macam ada. En. suami saya mmg wajib pergi bazar Kg. Melayu ni semata-mata nak cari Nasi Kerabu, tu mmg favourite dia lah. Saya pulak, cari nasi Arab :) Ingatkan nak beli popia basah, tapi memandangkan queue utk membelinya panjang, jadi saya batalkan hasrat. Hehehe. Ada sorang peniaga ni, dia cuma jual karipap saje, dia punya karipap satu van penuh. Org pun mmg ramai la yg tunggu giliran utk dilayan. Saya cuma beli sikit je, ada org tu beli sampai RM6, byk betul. Alhamdulillah, makanan yg dibeli tidak mengecewakan, walau harga agak mahal, tapi tak kisah la janji rasanya sedap. Semua habis dimakan, takde yg terbuang. So, tiada pembaziran berlaku :)
Ok, bazar kedua yg wajib saya pergi ialah bazar ramadhan dekat BBU or nama penuhnya Bandar Baru Uda. Dekat sini pun makanannya boleh tahan byk pilihan, tapi saya rasa lebih byk pilihan dia bazar Kg. Melayu. Macam biasa, suami cari nasi kerabu, Danish nak roti jala dan saya ternmpk org pakistan jual nasi Arab, apa lagi saya beli satu utk saya. Saya rasa inilah nasi arab yg paling sedap saya pernah makan. Walaupun setakat nasi & kambing, tp rasanya tu mmg sedap sungguh. Maybe sbb org sana yg masak, jadi rasanya mmg tak sama macam org kita buat. Makanan sampingan lain yg saya beli, ada Chukue. Chukue ni saya tak pasti makanan org dari mana, dibuat dr tepung beras dan atasnya ditabur dgn daging cincang, carot, lobak asin, daun bawang & bawang goreng. Rasanya boleh tahan juga. Then ada popia basah, saya tak sempat nak rasa popia basah tu sbb dah kekenyangan.
Apa yg saya boleh kata, kedua-dua bazar ni mmg tidak mengecewakan. Makanan yg dijual walaupun agak mahal, tapi puas hati dengan rasanya. Duit keluar untuk beli makanan dekat bazar mmg agak terasa la, tapi tak kisah la janji apa yg kita beli tu menepati citarasa dan tiada pembaziran.
Ada lagi bazar yg saya wajib singgah tapi belum ada kesempatan lagi. Bazar ramadhan Pasir Gudang, yg ni pun meriah dengan pembeli dan peniaga. Kadang-kadang tu sampai kena bersesak-sesak dgn org ramai dekat sesetengah kawasan. InsyaAllah, kami akan singgah sana sebelum kita cukup puasa 29 hari tahun ni.
Hmmm... Selalunya tiap kali bulan puasa saya akan cari menu wajib saya, iaitu Ayam Percik, tapi kali ni saya tak terasa pun nak makan ayam percik. Menu dah beralih arah kepada nasi Arab. Hahaha. Cukuplah cerita pasal bazar dulu ya. InsyaAllah kalau saya kerajinan, saya sambung cerita lain pulak. :)

Labels:
Ramadhan al-mubarak
Wednesday, July 6, 2011
Kain Jeruk
Selalu kita dengar buah yg dijerukkan kan?
Haaa.... semalam saya telah membeli kain jeruk... Hehehe
Saya tak tau la kalau anda semua pernah dengar or tengok contoh kain jeruk ni atau nama sebenarnya ialah Sarung Bugis Asli Tenunan Sul-Sel 100%. Saya pun tak paham apa makna Sul-Sel tu.
Kawan saya kat office yg jual, saya pun tak tanya mana dia dapat supply kain tu. Saya tgk kainnya cantik (walaupun x dpt nak belek sbb dibungkus dlm plastik), so saya ambik 2 helai. Semalam balik rumah lupa pulak nak membukanya. Tak sabar malam ni nak belek kain tu :)
Kawan-kawan, ini la kain jeruk yg saya cakap tu.

Kain jeruk yg telah dibuka dari bungkusannya.
Labels:
Shopping therapy
Friday, June 24, 2011
The Miracle Product
Ye.. ye... Saya tahu ramai yg dah buat review tentang VCO (Virgin Coconut Oil) Softgel keluaran Catalyst ni. Mmg ramai yg kata produk ni bagus, harga pun tak mahal sgt. Kira produk yg bagus & mampu milik la.
Ok, mula-mula saya nak cerita sikit pasal kulit saya la kan. Saya ada masalah jerawat dah lama. Jenuh pergi klinik, makan antibiotik, makan vitamin. Tapi masalah jerawat saya mmg tak pernah kurang. Sampai la satu hari tu saya google tentang macam mana cara nak mengatasi masalah jerawat, saya pernah cerita pasal ni dekat sini. Kalau nak baca lebih lanjut klik dekat link tu eh. Alhamdulillah, lepas menggunakan pembersih muka & pelembap yg saya pernah cerita dulu tu, kulit saya getting better.
Then ada satu hari saya bloghopping, baca blog org sana sini, and came across to this produk yg mana saya boleh kata review yg diberikan oleh penggunanya hebat-hebat belaka. Jadi saya pun google lagi siapa yg jual produk tu. And came across to this blog. So, saya pun try la order sebotol. Masalahnya, sekarang ni seller-seller ni mengamalkan pre-order concept. Lambat nak tunggu, iyelah. Kita kena bayar dulu, lepas tu baru dia order kat HQ. Makan masa seminggu jugak la nak menunggu. Tapi kena jugak la tunggu kan.
Saya kumpul order dgn kawan-kawan dekat office, ada jugak yg berminat jadi saya order sekali. Tak sangka pulak saya dapat kumpul order lebih RM150. Automatic saya dapat jadi agen. Alhamdulillah, kurang lah sikit harganya. Panjang pulak mukadimahnya ye. Oklah, saya terus cerita tentang kebaikan produk ni.
Saya makan VCO Softgel + Collagen C, ni dah masuk 3-4 bulan jugak. Perubahan pertama sekali saya rasa lebih bertenaga. Biasanya, kalau saya tidur lewat, esok paginya masa dlm perjalanan nak pergi office tu confirm saya akan tidur dlm kereta. Then dekat office sure la mengantuk saja. Tapi lepas amalkan dua supplement ni, alhamdulillah saya dah tak rasa mengantuk kalau malam sebelumnya saya tidur lewat. Mmg rasa bertenaga dan cergas. Ini pun diakui oleh kawan saya yg turut mengamalkan Collagen C ni.
Selain bertenaga, sistem penghadaman pun sangat bagus. Saya ni mmg jenis yg susah nak 'membuang'. Tapi lepas saya consume 2 supplement ni takde lagi masalah susah membuang. Hehehe. Mmg selesa sgt perut, mana taknya sehari sampai 3x tau! Saya suka!
Ok, part yg tu dah selesai. Part kulit pulak ya. Kulit muka saya semakin elok, jerawat dah jarang-jarang keluar. Kalau ada pun time PMS je lah. Tu pun sekejap je, 2-3 hari gitu dia dah surut. Keluar pun tak banyak cuma seketul dua je. Kalau dulu, jangan cakaplah. Dalam tempoh seminggu period tu, confirm sepanjang masa tu la jerawat akan keluar. Sekarang tidak lagi. Hehehe. Saya sgt sgt sgt suka!
So, sekarang saya masih teruskan mengambil dua supplement ni, iaitu VCO Softgel & Collagen C keluaran Catalyst. Saya juga merupakan agen kepada produk-produk keluaran Catalyst.
pics taken by me
cara pengambilan VCO SG :
2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
pics from google
Awal tadi saya cerita harga tak mahal kan, mmg confirm tak mahal.
VCO Softgel = RM39.90/btl (60biji)
Collagen = RM59.90/box (15pkt)
Oh ya, harga tidak termasuk postage tau!
Saya cerita dulu kebaikan VCO Softgel ya,
Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :
Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak
Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Pure Virgin Oil & Kebaikan CATALYST..
Anda mesti pernah dengar minyak kelapa dara/virgin coconut oil :)
produk CATALYST adalah 100 % berasaskan VCO ini
Antara khasiat-khasiat yang anda perlu tahu :
Membekalkan nutrien penting dalam badan
Membekalkan tenaga untuk kecergasan badan
Meningkatkan sistem imunisasi
Menyokong fungsi metabolisma yang sihat
Boleh mengurangkan berat badan
Meningkatkan penyerapan kadar nutrien
Membantu mengurangkan bad cholestrol(LDL) & meningkatkan good cholestrol(HDL)
Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih
Mengelakkan berlaku kedutan kulit
Membantu mengawal diabetes:kandungan gula dalam darah
Mengurangkan risiko sakit jantung
Mengurangkan risiko kanser
Mencegah osteoporosis
Membantu mengurangkan jerawat & masalah kulit berminyak

.Minyak Kepala Dara Dalam Meningkatkan Daya Tahan Tubuh..
khasiat dan kelebihan seterusnya dalam MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
-membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
-melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
-berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
-melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan penuaan dan penyakit degeneratif
-meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
-mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
-membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
juga BERFUNGSI untuk membunuh virus,bakteria & kulat
-membunuh virus(yang menyebabkan mononucleosis,influenza,hepatitis C,cacar air dan herpes) bakteria yang menyebabkan pneumonia,sakit telinga,infeksi kerongkong,gigi berlubang,keracunan makanan,infeksi saluran kencing,meningitis,dan gonorrhea) kulat yang menyebabkan candida,jock itch,kadas dan infeksi yang lain.
-membunuh cacing pita,lice,giardia, dan parasit.

..Kesan Segera Pengambilan Minyak Kepala Dara Pada Tubuh..
*Melegakan pernafasan - Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
*Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil – Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksik melalui najis
*Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan terasa lebih ringan dan bertenaga.
*Di dalam usus kecil dan usus besar, ia memusnah organisma perosak seperti virus, bacteria, seperti virus,bacteria,kulat dan protozoa(cacing). Oleh itu, penghadaman akan mencapai tahap maksimum.
*Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksimum, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (anda tidak perlu makan banyak dan kerap,ia dapat mengawal nafsu makan secara automatik)
*Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
*Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
*Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.

Ok, itu adalah antara kebaikan VCO. Sekarang meh kita baca tentang kebaikan collagen pulak ya:-
Kenapa anda perlukan collagen?
Apakah kebaikan collagen?- kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik
Gambar saya sendiri sbg saya punya testimonial ye:-
Before - this pics was taken on January this year.
After - pics taken last 2 weeks masa pergi Langkawi, see the difference?
Jadi sekiranya anda teringin nak mencuba dan ada pertanyaan untuk kedua-dua produk hebat ni, boleh la contact saya di email eryne1908@yahoo.com.my.
Ok, sekian dulu cerita saya tentang 2 produk ajaib yg telah mengembalikan semula keyakinan pada diri saya. Iye lah kalau muka byk jerawat kan tak cantik, for sure kita punya self-esteem menurun. Saya mmg ada rasa macam tu masa muka banyak jerawat. Sekarang dah confident ok. Takde la time berbual dgn org saya pandang tempat lain. :)
Labels:
Beauty Stories
Thursday, June 23, 2011
Fuhhh!!! Kue Teow Power
Masa saya bercuti ke Utara haritu, sempat saya tido semalam dekat Alor Setar. Sempat jugak saya pergi makan dekat kedai Kue Teow yg pernah kami (saya & hubby) pergi 8-9thn lepas. Zaman berdating kan syok. Saya ingat lagi, masa tu dia jual guna basikal je, dekat simpang jalan. Ramai org makan kat situ.
Then kebetulan dah ada dekat Alor Setar, hubby saya ajak saya pergi makan kat situ lagi. Dah lama teringin benornya. So, tak nak melepaskan peluang walaupun badan dah rasa letih dgn muka berminyak toksah cakap, kami pergi carik tempat tu. Alhamdulillah, jumpa jugak tempatnya, itupun hubby dah ingat-ingat lupa. Al-maklum dah lama gila dia tak ke sana.
Bila sampai, kami tgk org ramai sgt. Tak sangka kedai dia dah makin besar, basikal tetap ada. Then ada tambahan kedai makan jugak. Eh, lupa nak bg tau nama kedai tu, "Iman Kue Teow". Saya nak cerita kat mana kedainya, saya tak tau. Hehehe. Tapi mmg sedap makan kat situ. Kami makan Char Kue Teow Power. Perghhhh.. Mmg power la.
Char Kue Teow nya penuh dgn kerang, udang pun besar-besar ada 5 ekor gitu. Ada telur mata kuning separuh masak lagi. Harga? RM6 sahaja. Power tak power tu beb! Cuba carik char kue teow kat JB ni, ada tak rupa macam ni?
Haihhh.... Tgk gambar ni pun dah buat meleleh air liur.
Cukup rencah, tak lokek bahan. Mmg saya rasa berbaloi bayar RM6 utk sepinggan Kue Teow Power. Kalau panjang umur, mmg saya akan pergi kedai ni lagi. :)

Food review,
Vacation stories
Wednesday, June 22, 2011
The Report Card Day!
Sebelum saya sambung cerita pasal Langkawi tu, saya selit story lain dulu lah.
Last Saturday (18/06/11) is the day for parents to meet the teacher. Senang cerita hari ambik penyata sekolah la kan. Ni bukan kali pertama kami pergi ambik report card Danish, since dia tadika dulu pun mmg dah pernah lalui. Tapi sebab Danish baru darjah 1, so excited jugak la nak tau perkembangan dia utk 1/2 tahun pertama dekat sekolah rendah macam mana.
Sebelum ambik report card tu, Danish dah bawak balik kertas jawapan exam. 1st yg saya tgk subjek BM, English & Maths. BM & English tu kira ok la, tapi masuk part Maths je... Haihhh, pening saya tgk. Huhuhu. Then keesokkannya dia bawak balik kertas exam yg lain-lain, Sains, Arab, Pendidikan Agama Islam & Pendidikan Kesihatan. Markah oklah, not bad.
Markah sebhgn exam paper.
Menurut kata cikgu kelas Danish, dia kat dlm kelas selalu buat hal sendiri, tak kacau orang lain, takde buat bising. Tapi dia tak reti duduk diam-diam kat tempat dia, ada je tempat dia nak tuju (tp dalam kelas je lah). Cikgu dia tak kisah sgt bab tu. Cuma bila cikgu matematik masuk, Danish tak nak buat kerja. Kalau cikgu dia suruh, nnt macam nak lari-lari gitu, dia tak nak buat. Hmmm... dari kecik dah nampak dia tak minat matematik, haruslah kami buat sesuatu utk tingkatkan minat dia. Sebab tu la markah matematiknya rendah sgt. Full result, 4A 1C. Faham-faham je lah C tu apa. Kalau bukan kerana C tu, mungkin takde la byk sgt no. Danish bawak balik. Risau exam hujung tahun ni, perlu hantar tusyen ke? Macam mana nak buat utk tingkatkan minat dia eh?
As a mother, mmg risau jugak lah. Tapi ada antara kawan2 saya cakap benda macam tu biasa utk budak yg baru darjah 1. Hopefully Danish will change his minat towords Maths la lepas ni. Hmmm... have to plan something for him.
Labels:
My Precious
Thursday, June 16, 2011
Langkawi sgt syiok! (Part 1)
Macam ni la keadaan blog saya, sebulan sekali x pun dua bulan sekali baru ada coretan.
Tgk org lain yg hari2 update blog tu jeles je kan, tp sendiri nak update MALAS!
Tak habis2 penyakit M besar nih.
Kalau nak diikutkan, ada je story nak cerita. Tapi masa yg tak mengizinkan (ceh salahkan masa pulak!)
Last week cuti sekolah, saya sempat jalan-jalan makan angin ke Langkawi. Sebenarnya ni kali ke-3 saya ke sana. Kali pertama masa umur saya 14thn, kali ke-2 time honeymoon dgn hubby thn 2003. Dan kali ke-3 ni, dapat bawak anak2 datang sini. Tak pernah serik datang Langkawi, malah rasa nak pergi lagi pun ada. Hehehe...
Ad hock vacation, takde perancangan pun. Asalnya nak ke Cameron Highland, entah tetiba boleh tertukar plan.
So, ke Langkawi la kami anak-beranak. Hubby drive sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Perlis.
Bertolak pukul 6am dari rumah, sampai jeti Kuala Perlis pukul 7.05pm. Kejar last ferry yg nak ke Langkawi, macam nak terbang MPV kami. Jalan jammed merata tempat, rasanya lebih dari 5 kawasan jammed yg kami kena lalu. Satu tempat jammed ambik masa hampir setengah jam ke 45 minit utk lepas. Saya mmg dah tawakkal je dalam hati, sbb mmg jangka tak sempat nak naik last ferry tu.
Alhamdulillah, ferry delay. Nasib baik ferry tu delay, kalau tak kene tidur kat Kuala Perlis la jawabnya.
Sampai jeti Pulau Langkawi lebih kurang pukul 8.45pm, keluar dari plaza tu then carik teksi. Nasib baik la teksi senang nak dapat, terus la kami tuju ke hotel yg kami dah booked sblm tu. Sampai hotel terus check-in, then keluar semula sbb perut lapar, makan cuma waktu pagi dia Restoren Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Tengaharinya cuma makan roti shj sebab nak kejarkan masa utk sampai ke Kuala Perlis.
Oh ye, kami menginap di Hotel Grand Continental, agak jauh jugak dari pekan Kuah & juga Pantai Chenang (tmpt paling syiok utk leisure kat Langkawi). Lepas dah simpan barang semua, kami anak beranak jalan kaki keluar sikit dari hotel utk cari kedai makan, nasib baik la tak payah jalan jauh2. Kami terus duduk & order makan, sementara nak menunggu makanan sampai, sempat saya pergi kedai Duty Free kat sebelah kedai makan tu. Beli coklat la, apa lagi. Nak beli pinggan mangkuk, hmmm.. duitnya tak banyak, so lupakan la niat tu. Coklat sangat2 murah. Tapi saya beli sikit je, setakat nak memenuhi kehendak anak saya. :)
Lepas makan, balik hotel. Mandi bersihkan diri, terus lepak. Penat seharian travel dari JB ke Langkawi. Macam nak patah pinggang pun iye.
Esoknya pagi2 saya dah terjaga, biasalah anak2 saya tu. Pagi2 harus mintak susu. Lepas dah terjaga tu, terus bangun & siap2 mulakan perjalanan keliling pulau. Tunggu agent kereta sewa hantar kan kereta dekat hotel, sementara menunggu kereta sampai kami sarapan dulu. Menunya cam biasa2 saja, bihun goreng, roti bakar, sosej, telur omelet, kopi, teh, orange juice. Biasa2 je lah.
Lepas breakfast, keta pun dah ada. Kami pun start la berjalan. Tempat pertama, kami tuju Tourism Center. Nak mintak peta. Hehehe. Lepas ambik peta, tmpt pertama kami tuju ialah utk naik Cable Car. Kami dgn confident tuju ke Gunung Raya. Sampai dekat puncak Gunung Raya, tertanya2 jugaklah mana cable car nya. Bila dah masuk kat resort tu, baru la kami tau, rupanya dah tersalah tempat. Cable car terletak kat Gunung Mat Cincang. Huhuhuh. Tapi apa2 pun, tak rasa rugi naik resort tu dengan bayaran RM10 utk dewasa (kanak2 free). Walaupun tak nampak pemandangan sebab keadaan hujan agak lebat + kabus tebal, tapi saya enjoy cuaca sejuk kat situ. Terasa macam kat oversea. Hehehe. Dalam sejam lebih jugak kami kat atas puncak Gunung Raya. Puas ambik gambar, baru kami turun. Itupun sebab si anak dara saya dah menangis2 nak balik (dia takut kat atas menara).
Turun dari Gunung Raya, kami belum tau nak ke mana. Dalam pada tu, ternampak Kompleks Kraf. So, singgah kat situ.
Sambung lagi ke Part 2 ye, panjang benor nak menaip semua dlm satu entry.

Pic was taken just before the kabus datang.
The peak diselimuti kabus tebal, Mia takut nak dekat dgn besi pemegang tu.
Tukang bawak kereta dari JB sampai Kuala Perlis sambung lagi kat Langkawi. Hehe
Mommy perasan posing japs.. Hak Hak Hak
Kabus di mana-mana & Mia takut nak jalan kat luar. Huhuhu
Gambar mmg tak clear sbb kabus & angin menderu-deru.
Ini la nama tempat dekat atas puncak Gunung Raya - The Peak D Coconut Hill Resort
Turun dari Gunung Raya, kami belum tau nak ke mana. Dalam pada tu, ternampak Kompleks Kraf. So, singgah kat situ.
Sambung lagi ke Part 2 ye, panjang benor nak menaip semua dlm satu entry.
Labels:
Vacation stories
Saturday, April 23, 2011
Satu ketika dahulu...
Wow! Pantas sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita dah nak mengakhiri bulan April dlm tempoh seminggu lagi. Dah melepasi suku pertama tahun 2011. Kadang-kadang bila saya ada masa utk diri sendiri, selalu saya teringat kenangan paling indah yg saya pernah lalui, of course la masa 1st time jumpa dgn buah hati, iaitu en.suami saya. J
Tapi saya bukan nak cerita pasal kisah cinta saya dulu. Ada lagi satu kenangan yg sgt best zaman muda-muda dulu. Hahaha.. Macamla dah tua sgt kan . Ok, time tu ialah zaman study. Dulu saya study dekat kolej glamour, tu org cakap eh, bukan saya. Hehehe. Eleh, glamour sgt ke Akademi TV3 tu. Sebelum bercerita lebih lanjut pasal study, saya nak story pasal cita-cita saya dulu, ada kait-mengait dengan tmpt study saya. Dulu, saya teringin sgt nak jadik wartawan. Saya pun tak tau kenapa, bukan saya suka pasal glamour boleh masuk TV. Tak, bukan tu sebabnya. Saya ingat lagi, masa tu saya berumur 14 tahun rasanya. Time tu mmg tgh gila baca novel, selalu pinjam novel kat Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Saya ingat lagi tajuk novel tu sampai sekarang, “Kunang-kunang di pelabuhan” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kalau tak silap saya. Saya dah lupa jalan cerita novel tu, tapi yg saya ingat kisahnya berkenaan seorang perempuan yg berkerjaya sebagai wartawan. Lepas saya habis baca novel tu, memang terus melekap kat otak saya ni “Nanti aku nak jadik wartawan”. Mmg terkesan sungguh la.
So dipendekkan cerita, dapat result SPM saya isi borang UPU and mohon utk sambung study Matriks Mass Comm, dekat UITM (kalau tak silap saya lah). Disamping tu, ada jugaklah bidang2 lain yg saya cuba . Tiba masa hari penempatan IPTA diumumkan, nama saya tak sangkut pun kat mana-mana course yg saya apply. Frust jugak lah time tu. Sbb mmg mengharap sgt dapat masuk IPTA. Then ada sorang kawan saya dulu duduk kat KL, rasanya ada hari terbuka utk IPTS dekat PWTC. And dia tahu saya nak study course kewartawanan, so dia pun ambikkan saya borang pendaftaran Akademi TV3 dan poskan kepada saya. Terharu sungguh saya time tu sbb dia ingat kat saya. J
Tapi bila tgk yuran yg perlu dibayar, buat saya berfikir 2-3 kali jugak lah utk study dekat situ. Mana taknya, yuran keseluruhan pengajian Diploma Kewartawanan Integratif berjumlah RM18K dan tempoh pembelajaran Cuma 2 thn. Huhuhuhu… Saya pun cakap dgn parents saya, rasa cam taknak lah, takut membebankan. Tapi, ayah saya cakap takpe. Duit boleh carik, go on register je dekat Akademi TV3. Saya masa tu, tak teringat langsung utk tunggu panggilan ke dua ke UITM. And saya pun terus isi borang & hantar ke ATV3 by pos. Cukup tempoh berapa minggu gitu, dapat panggilan masuk utk jadik pelajar ATV3. Wah, mmg gembira sungguh la time tu. Dipendekkan cerita lagi, saya dan mak saya pergi ke ATV3 utk bayar yuran pendaftaran. Dalam tempoh selang beberapa bulan minggu lagi lepas tu, saya dipanggil utk lapor diri sebagai student di sana .
Punya la teruja dpt sambung study dalam course yg saya minat. Maka secara rasmi saya menjadi pelajar jurusan Diploma Kewartawanan Integratif bagi pengambilan kedua thn 1999.
Zaman tu mmg zaman paling seronok bagi saya. Berkenalan dengan kawan-kawan baru. Belajar benda baru mmg pengalaman yg paling menyeronokkan. Antara kawan yg saya rapat masa study dulu, Farhana, Ayie, Endra and Kak Fiza. Saya, Farhana, Ayie & Kak Fiza satu course, kalau ke mana-mana sure kami bertiga (Ayie kadang2 je ada). Endra pulak boyfried kepada Kak Fiza (dulu la), so automatically kalau kiteorg melepak for sure dia pun ada sama. Aidid Marcello (dulu pengacara rancangan REMAJA, TV3) senior saya, kira dia yg paling saya rapat antara beberapa pelakon yg turut belajar dekat situ. Mana taknya, dulu dia adalah boyfriend kepada kawan baik saya. Tapi kawan baik saya tu bukanlah isteri dia sekarang.
Kami kene lalui minggu orientasi selama seminggu. Utk lebih rapat dengan senior-senior kami. So, dibahagikan kepada beberapa group. Selama seminggu tu la kami bersuai-kenal dengan pelajar-pelajar lain jugak. Minggu orientasi mmg meletihkan. Tapi seronok J
Then lepas beberapa minggu study, kami junior-junior ni semua diarahkan utk pergi ke Kem Bina Negara pulak. Kem tu diadakan dekat Meru, Klang. Dalam hutan la kan . Kena tido sana 4 hari 3 malam. Mmg syok, time ni la betul2 kami jadi rapat (saya, kak fiza, Farhana & Ervina). Ervina ni course lain, tp sbb kami satu group dlm kem tu, kami pun jadi rapat.
Tapi saya jadi semakin rapat dengan Farhana & Kak Fiza disebabkan kami dlm course yg sama. Ke mana-mana dalam kolej tu mesti bertiga. Sampai kalau salah sorang takde dlm grup kami, sure akan ditanya oleh kawan-kawan lain. Pergi makan sama, pergi kelas pun sama, pergi toilet pun sama-sama… Hahaha…
Bila kami habis study dan pergi praktikal. Kami (yg perempuan ni) tetap pergi ke tempat yg sama iaitu TV3. Tapi Ayie tak dpt praktikal sama dgn kiteorg sebab ada problem dgn fees rasanya. Kali ini saya menyewa bilik dengan Farhana & sorang lagi kawan Chinese – Grace. Kami tinggal bersama selama 3 bulan. Praktikal di TV3 merupakan pengalaman yg sgt best. Pada mulanya bekerja di kawasan yg dikelilingi selebriti, saya akui agak jakun. Hahaha… Tapi lama-kelamaan, dah jadi lali.
Saya tak pernah lupa pada kawan-kawan lain yg kira agak rapat juga, selalu lepak makan minum, selalu ronda-ronda KL, geng ponteng kelas... hahahaha. Kalau la saya dapat jumpa semula dengan mereka-meraka ni. Alangkah seronoknya rasa. Ada certain friends name yg kalau boleh saya nak jumpa sgt dgn diaorg, ni mana yg saya tak dapat contact melalui FB la...
- Zul (Hawau), dia ni org Melaka, muka cam org Arab, hensem la jugak.
- Endra, abg angkat saya ni. Saya tahu cerita dia dr org2 yg pernah rapat dengan dia dulu, tapi semua org kata dia dah berubah tak sama cam dulu.
Walaupun saya study dalam bidang kewartawanan, tapi saya tidak bekerja sebagai wartawan. Resume dihantar ke merata-rata. Tapi cuma sekali je saya dipanggil utk interview dekat Karangkraf, tapi tak berjaya. Mungkin bidang tu bukan rezeki saya. Tak mengapalah, dapat study dlm bidang tu pun dah cukup utk saya.
Kawan-kawan saya yg lain, alhamdulillah.. mereka dapat teruskan cita-cita...
Farhana - sekarang Deputy Editor utk majalah Remaja dekat Karangkraf.
Kak Fiza - hari raya thn lepas saya jumpa, dia jadi PA utk Fahrin Ahmad.
Ayie - salah sorang editor utk portal hiburan rasmi Astro, MURAI.Com
Ijad (dulu dia kawan baik Endra)- salah sorang pegawai dekat IKIM
Dino (kenal dia sbb dia baik dengan Ayie) - pengacara, wartawan, for Astro Awani
Adly - Freelance cameraman.
Ada ramai lagi, saya ingat nama mereka, tp tak tahu mereka kat mana skrg.
Kak Fiza & me (kembang gile time ni, tp skrg pun kembang jugak.. huhuhu)
Ni gambar dah lama, 6 thn lepas rasanya. Time ni saya baru ada sorang anak and kak fiza belum kawen lagi.
Skrg dia dah kawen & ada sorang anak
Time ni saya melawat Farhana dalam pantang, baru bersalin anak pertama.
Me with my son, Farhana and her baby (Aresya) & Ayie.
Oh kawan-kawan ku, andai kita dapat berkumpul semua alangkah seronoknya rasa.
Labels:
Memories
Subscribe to:
Posts (Atom)