CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 14, 2010

Tag and award from Eimma

Tq eimma sbb sudi tag akak.. hehehhe...

Sebelum jawab tag dari eimma nih saya kena explain sket la yek..
Saya jawab tag ni kat opis, so persekitarannya mengambil kira kat opis saje. Bukan tempat lain melainkan opis saya jua… heheheh…


Soalannya :

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawapan : Disebabkan air-cond kat opis ni kadang2 x berfungsi dgn betul, time air-cond tu x betul mmg rasa HOT! Hampeh :(

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawapan :


Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawapan: Kat opis saya dilarang taruk wallpaper personal kat monitor, so gambar blank tu je lah yg boleh. Hampeh yg ke-2 :(

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawapan : mmm… bulan lepas kot, hubby belanja makan Domino’s sblm balik kg haritu, tu pun sbb Danish yg beriya2 nak makan pizza :)
*saje nak menambah: Domino’s lebih sbb dari Pizza Hut.. hehehhe…

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawapan : kat dlm keta tadi, time nak gi keja tapi x ingat lagu ape la pulak…
*owhhh… saya perlu makan supplement utk menguatkan ingatan semula.. huhuhuh…

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawapan: sambil buat, sambil berbual ngan officemate…

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan: Owhh, saya ada byk name panggilan:-
Kawan sekolah panggil saya Azrin,
Kawan kolej panggil saya Yeen,
Kawan kat opis panggil saya Erin
Pakcik/makcik/sepupu/ panggil saya Along
Anak sedara panggil saya Aunty Erin :) *perasan cam Erin Brokovich lak kan... hahahha..

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawapan :
1. Reactivatezul
2. Zura
3. Fiza
4. Kak Eja
5. Jan

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan : kawan internet saya, kenal dia sejak dia kat Fotopages, masa tu saya pun active kat FP, skrg ni je dah active kat situ, kawan saya ni pun sama.. skrg dia active kat blog jugak.. gambar dia amek cantik2 :)

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Jawapan: saya suka koleksi kurung cotton ready made anda, baru cuci mata tgk kat FB aritu, encik suami saya kata “nak beli baju lagi ke?” dan saya telah jawab “takdelah, tgk2 je” huhuhu… saya kena KIV kurung cotton itu dulu…

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan: Fiza kawan tenet saya, penah jumpa sekali je dulu… dia shop online, kadang2 beli kat kedai ima, ima pun kawan tenet saya jugak, saya pun penah beli kat kedai online ima… senang citer kitaorg semua kawan tenet lah… hahaha…

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Jawapan: Saya kenal zura melalui ima, masa tu ima ajak zura join SPMC… owh… terkenang zaman dulu..

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan: errr.. nak kate ape ek? kate cinta lak tu, xde idea betul kalu nak suh cakap cinta selain pd cik abg saya tu… huhuu…

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
Jawapan :
1- yg pempuan smua da kawen, hat laki tu je masih bujang
2- Jan & Ima ada kedai online
3- Kak Eja baru pindah rumah
4- Zura preggy da 4mths++ kot
5- Zul keja kat Pasir Gudang, umah family kat KL

Hehehe.. terror tul saya kan… :D

Orang2 yg kena tag tu sila jawab ye... hehehe... tq.

Campur-campur story bulan ramadhan :)

Hmmm… harini dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Rasa sekejap je kan, nanti masuk seminggu pulak… Pantas sungguh masa berlalu.


Anak bujang saya si Danish Irfan, setakat ni berjaya berpuasa utk separuh hari pd 2 hari pertama shj. Hari ketiga saya kejut dia bgn sahur, tp liat sangat nak bangun, padahal mlm seblm tu dia pesan pd saya suh kejut dia bgn… Hmmm… time tu saya pun dah terlambat nak bersahur, so saya biar je lah. Lagipun dia sekolah, takut kat sekolah nanti kawan2 dia makan, dia pun nak makan jugak. Takpelah, saya pun x nak paksa dia sgt, takut nanti dia rasa x seronok pulak kan, tambah pulak semlm dia demam, ptg dah ok tp bila mlm panas badan dia dtg lagi. So, bg dia makan ubat. Pagi ni dah ok lah, ikut ayah dia hantar saya gi keja tadi.

Hmmm… Harini, time sahur tadi pun saya terlambat bangun. Gara-gara tgk TV sampai tgh malam la nih. Cerita Volcano kat TV3, padahal dah penah tgk citer tu dulu… tetap nak tgk gak.. huhuhu…
So, saya x sempat nak kejut Danish bangun. Pagi tadi dia tanya saya “nape mommy x kejut Danish bgn”. Saya kata “mommy bgn lambat, tak sempat nak kejut Danish”
Masa hantar saya gi keja tadi dia baring je dlm keta, maybe tak sedap badan lagi gaknya. Tapi bila saya rasa kepalanya x panas. Takpelah, ayahnya ada kat umah, x kerja.. biar ayahnya yg monitor.

Anak bujang saya Muhammad Danish Irfan
Gambar ni dah lame, time kiteorg gi bercuti kt KL aritu :)

Sepanjang 3 hari berpuasa ni, sekali pun saya belum jejakkan kaki ke bazaar… hehehe… mintak2 dpt bertahan sampai hujung puasa. Kalu macam tahun lepas, ayah saya sakit & terlantar kat hospital sbb undergo chemotherapy treatment. Time tu mmg belum ada pembantu kat rumah. Kitaorg mmg x sempat nak masak2, so beli kat bazaar je lah. Lepas berbuka, pegi tgk ayah saya kat HSA pulak. Kalu HSI mmg dekat je ngan rumah, 15min dah sampai.. Ni kat HSA sana, mmg jauh lah. Tapi ada masa yg ayah saya kata x yah datang, sbb dia pun paham. Balik kerja penat, pastu nak berbuka lagi, pastu nak pegi tgk dia kat hospital lagi. Mmg rasa cam rushing sangat la time tu. Mak saya pun mmg lepak, x cukup rehat masa ayah saya ulang-alik hospital.

Alhamdulillah, sekarang ayah saya dah sihat sikit lah. Dia dah x nak buat chemo lagi, sbb dia x nak sakit. Setiap kali lepas buat chemo mesti ayah saya kena duduk spital 6-7 hari. Mmg dia x larat lah. So, dia amek alternative berubat cara tradisional and sekarang dia dah sihat sket dr dulu. Doktor suruh dia check camane cancer dia tu, tp dia xnak. Dia x nak ambik tahu katanya. Hmmm… setakat ni saya tgk ayah saya tu ok byk kalu nak dibandingkan dgn tahun lepas & dua tahun yg lepas… Alhamdulillah sangat2… 

Berbalik citer pasal pegi bazaar tadi kan, sbnrnya bukan la saya x teringin nak pegi bazaar tu. Mmg teringin, tp takut nanti saya “terbeli” yg bukan2. huhuhu…

Dlm byk2 bazar kat JB ni, saya cuma nak pegi yg dekat kg. melayu je. Sbb kat situ ada org jual nasi kerabu yg sgt sedap. Kalu nak beli mmg kena selit2 kat celah org ramai tu, kalu nak tunggu giliran, alamatnya sampai lauk dia habis pun x dapat beli.. hehehe.. anda boleh bayangkan la betapa sedapnya nasi kerabu yg org tu jual, bukan org johor yg menjual tu… org Kelantan, so no wonder la nasi kerabu dia sedap sgt kan 

Menu time bulan puasa ni yg paling saya suka ayam percik. Dulu kat bazaar kg melayu tu ada jual ayam percik yg sedap, tp thn lepas saya pegi gerainya dah xde. Maybe dah tak jual kat situ la agaknya. Setakat ni saya belum beli lagi makanan kegemaran saya tu.. Hmmm.. nanti2 pun xpe, puasa kan sebln… ada byk masa lagi.

*pics from google
Ayam percik favourite saya tiap kali bulan ramadhan :)

Thursday, August 12, 2010

Kemudahan saya dah x jadik mudah (>.<)

Semlm ada org beli tudung, memandangkan semlm cuti umum utk negeri Johor (1 Ramadhan) so saya ajak hubby saya pegi buat poslaju kat kedai Telco & Post. Memang senang berurusan dgn kedai ni. Jimat masa pun ya.

Pejabat pos kan biasanya hari cuti umum tutup, tapi kedai Telco & Post ni tak. Dia bukak dari pukul 9.30pg and tutup pukul 10.30mlm. Mmg memudahkan saya utk pos barang lepas waktu bekerja, especially kalu ada org buat payment after office hour. Boleh saya balik umah kejap, packing barang then pas maghrib saya keluar pegi kedai tu utk buat poslaju. Tak kisah la walau dia kata jalan keesokkan harinya, yg penting saya dpt pos right after saya received payment from customer.

Tapi semlm, masa pegi kedai tu utk buat poslaju, ada notis tertampal kat pintunya. Bunyinya lebih kurang camnih "Mulai 13 Ogos 2010 semua urusan Poslaju akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak"... Haiiihhhh... nape la nak kena stop. Lepas ni saya nak kena berebut pegi pejabat Pos la pulak. Bila saya tanya kat org yg jaga kedai tu, dia kata ada masalah sket dgn Poslaju. Tak tau la apa masalahnya. Nak tanya lebih2 kang dia kata saya ni kepoh lak kan... huhuhuh...
So, saya kena advice customer saya yg barang mereka order tu akan saya poskan lepas 2 hari bekerja.
Pejabat pos yg bukak sampai pukul 7pm mmg ada, tapi Poslaju tutup collection pukul 4ptg. So, barang yg saya pos lepas pukul 4pm tu akan jalan pd keesokkan harinya lah.

Hmmm... nak buat camane, dah kemudahan yg ada dah ditutup buat sementara waktu. Saya harap sgt Poslaju tutup sementara je kat kedai Telco & Post.

Buat masa ni, kena la gunakan khidmat poslaju kat pejabat pos.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Harini pengumuman tarikh puasa, tapi biasanya mmg confirm dgn tarikh yg diwar-warkan seblm ni kan..
Memandangkan esok cuti umum utk negeri Johor (kalau confirm puasa esok la), jadik saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog saya nih (eleh, perasan je cam la ramai sgt yg baca blog saya ni kan).

Semoga puasa tahun ni membawa lebih keberkatan kepada anda semua.

Sekejap je sebulan tu, pejam celik, pejam celik nanti dah nak raya pulak... Owhhh, betapa pantasnya masa berlalu kan...

Saya sgt gembira menantikan ramadhan tahun ni, tak tahu kenapa... perasaan syok tu lain sket dari tahun2 yg sebelum ni. Seronok sgt rasanya... Mungkin sbb tahun ni thn pertama anak sulung saya nak belajar berpuasa... mungkin lah kot.. :) tapi tu lah, perasaan seronok tu tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Org yg rasa seronok menanti ramadhan tu mungkin tahu la camana rasanya. :)

Mudah-mudahan ramadhan tahun ni membawa makna yg cukup berharga buat diri saya dan keluarga, dan juga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah selama sebulan ini.

Saya sgt teruja dengan kedatangan ramadhan kali ini. :)

Monday, August 9, 2010

Budi bahasa budaya kita (>.<)

Tajuk entry cam bagus je kan... hahahha..
Budi bahasa budaya kita. Yeahhhh.. That’s right. Saya selalu terdengar lagu ni samada kat radio ataupun TV. Saya rasa, semua org tau yg orang Malaysia ni kaya dengan budi bahasa, tapi ada jugak certain people kat Malaysia ni yg sangap. Tak tau apa makna budi bahasa. Penat kerajaan melaung-laungkan kempen budi bahasa, bayar artis utk nyanyi, bayar production house utk buat iklan, bayar model utk berlakon dlm iklan… tapi takde gunanya kalau kesedaran sivik tu tak wujud dalam diri org yg sangap nih. Ishhh… saya mmg geram sgt nih…


Cerita saya harini ada kaitan dengan apa yang saya tulis kat perenggan pertama tu. Tapi saya tujukan pada peniaga lah ye, sebabnya kisah yg terjadi ni masa saya tanya harga sekodi dekat seorang makcik yg jual tudung. Nak meniaga tu buat la cara nak meniaga, ini tak.. Ayat2 yg agak menyakitkan hati & memanaskan telinga dia keluarkan pada bakal2 customer.

Semalam, saya pergi pasar pagi kat pekan Sri Medan. Rumah MIL saya kan kat sana, jadik tetiap kali balik SM mmg x penah miss la pegi pasar pagi tu. So, saya ni saja la nak riki harga tudung utk pembelian borong. Niat dalam hati nak tambah stok tudung kat butik online saya. Disebabkan saya sampai awal sgt, byk kedai masih belum siap susun atur barang2 yg dijual. So, saya just round2 je dulu. Sampai kat satu kedai makcik ni, saya tgk tudungnya cantik. Jadik saya pun tanya la kat tuan punya kedai tu. Masa tu makcik tu tengah susun tudung2 kat atas meja display dia tu.
Dialognya bunyi lebih kurang camnih:-

Saya: Cik, harga tudung ni berapa?

Makcik: Selai 30 ringgit, yg ada batu tu mahal sket, 35.

Saya: Kalau saya nak beli sekodi kira camana ye?

Makcik: Kalau sekodi saya kira selai RM25 utk yg takde batu.

Saya: (agak terperanjat sbb harganya agak mahal, so saya ulang tanya)

Kalau saya ambik sekodi pun harga 25 je? Tolak lima ringgit je ke?

Makcik: (dengan muka kerek dia jawab) Abis tu awak nak untung jual tudung selai sepuluh ringgit ke? Mana dapat.

Saya: xpelah makcik, time kasih ye.

Terkejut saya dengar apa makcik tu cakap. Wahhhh… sgt “berbudi bahasa” ketika menjawab pertanyaan saya. “Tinggi budi pekertinya”.
Memang saya takkan beli apa2 dari kedai makcik tu utk seumur hidup saya. Macam tu ke cara jawab soalan? Itu ke etika berniaga? Owh… sungguh tak beradap, sangat tak mencerminkan Budi Bahasa Budaya Kita.

Saya menyuarakan rasa tak puas hati pada cik abg. Suami saya kata, “Ala, xpelah. Orang tua mmg gitu, tak berapa reti nak communicate dgn org”. Isk isk isk… nasib baiklah time tu saya tak berapa nak “angin” sangat. Tapi tetap tak puas hati dengan cara makcik tu.

Saya mintak maaf kalau ada yg tersinggung, tapi saya rasa sangat tak best kalau seseorang yg berniaga mengeluarkan kata2 sebegitu terhadap bakal pelanggan. Nanti baik2 org tu nak beli dengan dia, terus tak jadik beli. Apa-apa pun, peringatan ni ditujukan buat diri saya juga. Sebab saya pun meniaga, cuma cara saya dan makcik tu meniaga tak sama. Maka cara komunikasi saya dengan pelanggan saya juga lain. Tapi saya seboleh-bolehnya tidak akan mengeluarkan ayat sedemikian, demi utk menjaga hati pelanggan.

Tu jer lah bebelan saya utk hari ni. Mudah-mudahan saya takkan berjumpa dengan spesis org sangap camni lagi.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 4, 2010

Kedai saya sudah complete update :)

Kepada kawan2 saya yg selalu singgah kat blog saya ni, anda di jemput utk mencuci mata (kalu nak cuci poket lagi saya suka) ke butik online saya.

Saya baru je siap upload semua stok baju, tudung & shawl yg ada. Harga barang2 tu semua, insyaAllah adalah yg rendah dari tempat lain.

Sila klik link kat sebelah ni utk direct ke kedai saya ye -> Charisma Boutique

Kat bawah ni antara koleksi yg ada di kedai saya, jemputlah jenguk ye..
terima kasih :)



Monday, August 2, 2010

Weekend yg best!

Last Saturday, shooting bebaju utk Charisma Boutique... Owhhhh... sgt penat... huhuhu...

Tapi saya enjoy... dengan mengupah sepupu saya jadik model utk baju, tudung & shawl yg ada dlm stock saya... maka kerja jadik lebih syok, tambah pulak sepupu saya tu suka melawak... mmg x rasa sgt la masa berjalan selama 4 jam shooting tu... dari pukul 3 ptg start mekap, 3.30 baru start tukar2 baju...

Rasanya kalu perjalanan saya keluar masuk rumah tu disambung jadik satu laluan yg panjang, mau dah sampai Jusco Tebrau kot... hahahha... serius penat okay... tp penat yg seronok la... :)
Boleh jugak saya practise mekap2 kat muka org, almaklum saya ni bukannya jurumekap profesional.. saya byk tgk video tutorial kat youtube jer... so, dari pemerhatian saya kat video tu saya try aplikasikan ke muka org... hehehe... pada pandangan mata saya, saya mekap sepupu saya tu kira ok jugak la... hahhaa, masuk bakul angkat sendiri, naik lif tekan sendiri... kikikikiki...

ok, balik semula citer pasal weekend... ingatkan semalam sempat nak update blog online boutique saya semlm, tp tak sempat pulak...

Tengahari semlm saya ajak cik abg pegi Jusco Tebrau, tujuan asalnya utk pegi amek jam tangan saya yg dah berbulan saya antar repair (under warranty) kat City Chain, tp bila dah sampai sana, orgnya kata x siap lagi...
Masa hantar repair kata dlm masa 2 bln baru siap, ni dah masuk 4 bln pun still x siap lagi... boleh pulak semlm salesman tu kata paling cepat 1/2 thn? Hampeh sgt kan... buat sakit hati je, yer lah... jam tu masih under warranty so diaorg pun buat la lambat2 kan... cuba kalu dah abes warranty nya, kompem seminggu dah siap... huhuhu... nyampah... :-(

Then, bila dah tau jam tu x siap lagi, cik abg saya ajak tgk wayang. Dia nak tgk citer Sorcerer's Apprentice tu... Masa tu jam pukul 1, so beli tiket kul 2.15pm... Lepas beli tiket, lapar pulak perut nih... ajak hubby gi makan... Time nak pi carik tempat makan tu, saya sempat menyinggah Watson utk beli lipstick Simply Siti, kaler Eslilin, sgt chantek.. hahaha... pastu pow duit cik abang saya la kan... :)
Kat sebelah Watson pulak Elianto tgh buat sale.. saya ni mmg peminat barang2 mekap, apa lagi x nak lepaskan peluang yg ada tu la... hehehe... saya telah menge"pow" duit cik abg utk beli shimeer stick eyes, 3D eyeshadow, blusher brush & lip brush... maka total utk hasil pow duit cik abg saya utk beli semua barang mekap tersebut adalah RM70.80 shj... hahahaha... tu pun x complete lagi... ada byk lagi barang yg saya aim nak beli, tunggu saya jalan sorang2 la yek... hehehehe...

saja nak tunjuk barang mekap yg saya beli guna duit cik abg aritu :)
1. yg terbaring bhgn depan tu blusher brush, tp saya nak gunakannya utk shading muka :)
2. sebelah belakang tu lip brush, guna utk sapu lipstik la yer :)
3. yg bekas bulat kaler biru tu 3D cube eyeshadow from elianto, harga asal RM12 pas 50% tinggal RM6 je uolsss... :) kaler dia cantek, cam ada sparkling gitu. Tapi saya belum test lagi :)
4. lipstik tu from Simply Siti, color code Eslilin. Cantik sgt :)
5. yg macam pen kaler kuning tu shimmer stick, functionnya sama cam eyeshadow tp saya guna utk mekap eye base. Kaler pale gold. :) pun belum test jugak tu :)

ni la kaler Eslilin by Simply Siti, saya sgt suka.. sbb cantik sangat :)
harga lipstik Simply Siti ni RM35.90, tp x rugi la beli... saya suka sgt2... :)
saya ada lagi satu kaler namanya Wajah Kekasih... kalu saya pakai yg tu kawan saya kata muka pucat... huhuhu.. so kena cover dgn lip gloss la... :)


ni pulak 3D eyeshadow cube by Elianto, kalu x silap kalernye Ocean Blue... kalu x silap la...
saya x sempat nak bukak lagi bekasnya.. lepas beli terus simpan masuk mekap bag saya :)


ni gambar shimmer stick versi dekat sket... harganya kalu x silap RM18 but after discount tinggal RM12 kot... saya pun dah lupa la... huhuhu...


ni pulak blusher brush & lip brush juga dr elianto... :)

kawan2 yg suka barang2 mekap tu, pegi la elianto sbbnya diaorg tgh buat sale tau. :D

Ok, pas tu kitaorg baru carik tmpt nak makan... semua tmpt full... masa tu dah pukul 1.25pm... last2 pegi KFC, punye la panjang org q... dgn aircond nye yg dah x rasa sejuk, jenuh beratur 20minit...huhuhu...
Then makan dgn pantas, sbb nak kejarkan movie kul 2.15pm tu... Siap makan kul 2.10, pastu cik abg bawak Danish pegi toilet dulu, then beli popcorn & kitaorg manage masuk panggung kul 2.20pm... lewat 5min jer... tp movie belum start pun, baru tunjuk teaser citer2 lain...

Seriously, Sorcerer's Apprentice adalah sgt best... x rugi tgk, rasa cam nak tgk lagi sekali jer...
Saya rasa citer tu mesti ada sambungan part 2, sbb watak yg nama Horvarth tu masih hidup lagi...
Saya x sabar nak tunggu part 2 kalau ada... hehehe...
Saya ni x pandai nak tulis review, tp kalu saya rajin nnt saya tulis sket2 yer...

Ok, after tgk movie, kitaorg jalan2 kejap kat Jusco... then cik abg belikan anak bujang dia kasut raya...
Senang hati, kelengkapan raya utk anak2 semua dah siap, pasni tinggal nak carik utk mommy & ayahnya je.. :)

Round jugak kedai2 kasut kat Jusco tu, tp xde pun yg berkenan dihati mommy, so cakap ngan cik abg, next time jelah carik kasut tu... plus cik abg pulak rasa x sedap perut, masuk angin katanya,... so dia pun x brape nak ada mood jalan2... pastu ape lagi... balik lah...
Sampai umah ada pulak sedara yg datang, ingat nak guna PC utk edit gambar baju2 tu semua... tp x sempat nak siapkan, sedara dtg tu lmbt pulak baliknya... So, tergendala la kejanya.. ingat nak siapkan jugak, tp mata dah mengantok sgt... maka saya tutup PC and tido... hahhaha...

Malam karang, saya nak booking PC tu utk siapkan keja2 saya... cik abg, anda x boleh guna PC ye malam nih... saya ada keja nak disiapkan... :)