Friday, July 12, 2013
Fasting and Breastfeeding Mommy
Harini dah nak habis hari ke-3 kita berpuasa. Even dah terlambat few
days, tapi tetap nak wish Selamat Berpuasa jugak lah utk semua. So macam mana
puasa korang semua setakat ni? Ok? KO? Saya Alhamdulillah, setakat ni boleh
berpuasa penuh lagi. Ni first time saya berpuasa dan menyusukan baby. Oh, baby
saya masih fully BF. Syukur Alhamdulillah, rezeki anak last ni dpt saya fully
BF kan dia.
Kita cerita sikit pasal berpuasa bagi mommies yg BF baby.
Sebelum puasa haritu, merata saya google info macam mana emak-emak kat
luar tu yg menyusukan baby, tapi masih boleh berpuasa tanpa menjejaskan
production susu. Rata-rata yg saya baca semua kata kena makan kurma, minum
susu, milo, horlick, minum air masak lebih 3 liter. Ada yg suggest ambik
supplement Shaklee Enegizing Soy Protein (ESP) which is mmg byk sgt positive
feedback. Saya mmg pengguna supplement Shaklee sejak berpantang haritu. Pada
saya tak berapa sgt menambah kuantiti Cuma memekatkan susu tu boleh la.
Hasil pump dekat office sebelum puasa haritu. Gambar ni saya dah share dekat Instagram.
Hari pertama puasa, bersahur tanpa makan kurma dan tak minum susu. Saya
Cuma makan nasi + ikan + sayur dan minum air milo + oats & air masak tak
cukup 1 liter. Memandangkan 1st day puasa tu Public Holiday so baby mmg
direct feeding (DF) je lah. And baru pukul 11am, saya dah rasa pening kepala macam
nak muntah. Badan rasa letih sangat, soo saya cuma baring je lah. Bila dah ok
sikit, saya bangun buat kerja sikit-sikit. Kepala tak pening tapi perut pulak
pedih. Alahai, masa tu jam dah pukul 3 lebih. Saya kuatkan semangat utk
teruskan puasa. Alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh haritu. Lepas maghrib macam tu baby dah start menyusu
macam tak puas, kuat dia sedut tapi mulut dia bising macam marah. Sampai sakit
cik B saya. Huhu. So saya start minum air masak, sampai tak tau berapa kali saya
mengulang ke toilet. Bila dah time baby bangun menyusu tengah malam, susu dah
back to normal.
Then hari kedua sahur, saya makan kurma 5 biji, susu 1 mug, milo + oats
– 1 mug, air masak x tau brape byk, makan nasik berlaukkan sayur and ikan. Alhamdulillah,
2nd day berpuasa saya rasa lebih bertenaga, takde sakit kepala rasa
nak muntah and takde pedih perut. Then bila waktu pump, susu tetap maintain
macam selalu. Mudah-mudahan rezeki baby berpanjangan la hendaknya.
Ada a few recipe yg saya dapat hasil dari bacaan dekat FB and google
utk menyediakan susu kurma yg sedap. Saya belum pernah cuba sebab takde blender
yg sesuai nak digunakan utk blend air. Kalau dah ada blender yg sesuai sure
saya dah cuba. Yg paling saya nak try is susu + kurma + badam, diblend sekali
and minum masa sahur and berbuka. Baca komen-komen semua kata sedap. Haihhh…
bila la nak try buat ni. Selain bagus utk penghasilan susu, badam juga bagus
utk otak. Saya pernah tgk rancangan apa dulu dah lupa, ada doctor Fazley dalam
rancangan tu. Alaaaa… doctor Fazley masterchef Celebrity tu la. Dia cakap masa
dia kecik-kecik dulu maknya selalu buatkan susu + kurma + badam diblender.
Doctor fazley kata minuman tu bagus utk pelajar sekolah. Kalau bagus utk pelajar,
off course la bagus juga utk org dewasa kan. Saya ingat nanti nak try buat and
bagi kat anak-anak saya rasa.
Oklah , untuk tiga hari pertama berpuasa ni, saya boleh buat sedikit
kesimpulan. Ibu yg menyusukan baby pada bulan ramadhan perlu buat benda-benda
ni.
1)
Makan
kurma waktu sahur dan berbuka. Saya ada baca somewhere dekat FB, makan kurma
dalam kuantiti ganjil, 1, 3, 5 dan 7.
2)
Minum air lebih dari 2 liter, seeloknya minum
dari waktu lepas berbuka hingga sahur.
3)
Berbuka dengan makanan yg berkhasiat – mesti cukup
semua jenis zat.
4)
Kalau boleh, ambil supplement. Tak kisah la
brand apa, janji vitamin – untuk mencukupkan zat dalam susu.
5)
Berdoa - mintak Dia murahkan rezeki.
Lepas ni saya nak continue semula pengambilan supplement Shaklee yg
terbantut sekejap haritu. Saya dah dapat jadual pemakanan yg betul, so bole
mulakan esok. Mudah-mudahan apa yg saya makan ini akan menjadi susu yg baik utk
anak saya.
Labels:
Baby stories,
Breastfeeding,
Parenting,
Ramadhan al-mubarak
Wednesday, July 3, 2013
Let's bake!!
Let’s bake!
I loveeeeeeee baking. Sejak dari sekolah lagi rasanya dah suka baking, tapi
masa tu tak buat apa-apa sangat melainkan buat kuih raya. Ingat lagi dulu, ayah
saya belikan oven besar utk saya bakar kuih raya. Sampai skrg oven tu ada lagi
and telah diturunkan sepenuhnya kepada saya sebab ‘kononnya’ saya yg paling
rajin masak-memasak guna oven tu. Hahaha..
Tapi saya ni bukanlah jenis yang tiap-tiap minggu ada je projek nak
duduk depan oven tu. Kadang-kadang je lah, bila mood rajin dah datang *yg boleh
kata sebulan tak sekali* ada la saya buat something.
Pernah jugak saya ambik tempahan buat brownies 3-4 tahun lepas, jual
online lagi tau. Tapi lepas tu saya stop sebab tak larat nak buat. Ye lah, dari
godek batter sampai la ke bungkus brownies tu dalam kotak, isi borang poslaju, semuanya
saya buat sendiri. En. Suami Cuma bawak kotak tu hantar pegi pusat poslaju je. But
now ada jugaklah saya buat sikit-sikit. Yang mana ada sedara kata nak order tu,
saya buatkanlah. Lagipun tak susah mana pun sbnrnya nak buat brownies tu.
InsyaAllah, saya rasa saya akan sambung projek tempahan brownies ni paling cepat lepas raya nanti. Sekarang ni
tak boleh lagi rasanya, still belum pandai nak bahagikan masa antara kerja,
family and baking. Tambah pulak ada baby lagi, agak susah sikit lah rasanya.
Tunggu baby besar sikit, abang & kakak dia boleh monitor, baru boleh la
rasanya.
Sebenarnya nak cerita buat muffin je last week, tapi mukadimah jadik
panjang lebar pulak dah. Hahaha. Tiba-tiba last week rasa macam rajin baking,
mula-mula anak bujang saya si Danish request nak makan chicken pie. Tengah-tengah
bakar chicken pie dalam oven tiba-tiba rasa nak makan muffin pulak. So saya
carik resepi yg paling senang nak buat, terus bancuh. Chicken pie siap bakar,
masukkan muffin pulak dalam oven. Cukup
20min, muffin dah siap.
Ni la rupa muffin saya. J
Nak resepi? Saya ambik resepi ni dari internet jugak, dari blog Che Mat
Gebu. Hehehe. So here goes the recipe:
Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko
Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan
Cara membuatnya:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko
Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan
Cara membuatnya:-
- Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g
chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg
semua sebati dan mesra.
- Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias
dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
- Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan
sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
Ada yang saya adjust ikut bahan yg saya ada dekat rumah. Macam tepung
tu, saya guna tepung kek sbb tepung gandum dah habis, jadi saya tak letak
baking powder & soda bicarbonate. Dan minyak sayur/jagung pun saya gantikan
dengan minyak masak biasa.
Rasa muffin ni biasa je, ye la tgk bahan dia pun biasa-biasa je kan.
Boleh la utk makan sendiri. So, pada anda yg nak buat muffin tapi nak buat
dengan cara paling ringkas boleh la try resepi ni.
Labels:
Food review,
Me Cook!
Tuesday, July 2, 2013
Baby & Jaundice
Normally newborn baby mesti ada masalah jaundice atau lebih dikenali
dgn kuning. Melalui pembacaan dari google, mmg rata-rata 50-60% baby yg baru
lahir akan mendapat jaundice. My baby girl pun tak terlepas dari penyakit ni.
Dari apa yang saya google, ada
beberapa jenis demam kuning. Antaranya Demam
kuning normal (physiological jaundice), 2. Demam kuning pra-matang, 3. Demam
kuning susu ibu (Breast milk jaundice), 4. Ketidaksuaian kumpulan darah antara
ibu dan emak.
Tapi saya Cuma nak cerita demam kuning
yg terkena pada baby saya iaitu demam kuning
normal (physiological jaundice. Demam kuning ni biasa berlaku pada bayi baru
lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak
mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati
bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah
merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan
seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi.
Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga
2 minggu.
Baby saya mula nampak ciri-ciri demam kuning lepas 2 hari balik dari
hospital, maknanya lebih kurang hari ke-4 macam tu. Sebelum discharge dari
hospital pun doctor dah suruh buat follow-up blood test dekat klinik kesihatan.
So, on 08/04/13 kami ke klinik utk buat blood test. The AOB result was 11.9 Tidak memuaskan hati doctor. Jadi kami disuruh untuk
datang lagi pada keesokkan harinya. Kali ke dua, keputusan AOB blood test makin tinggi, iaitu 12.6. Doctor agak risau, dia
suruh datang lagi utk buat blood test esoknya. Tapi dalam pada tu doctor
nasihatkan utk bagi susu lebih kerap. Kalau baby tidur je, kejutkan baby bangun
utk minum susu. Sebab doctor kata kuning tu akan keluar melalui air kencing or
najis baby.
Then kami datang lagi ke klinik utk buat blood test kali ke-4. Result kali ni sama je dgn semalamnya 12.5, turun 0.01. Masih kena repeat blood test. Saya sbg maknye mestilah risau. Doctor mintak kami stg lagi utk buat ujian darah seterusnya. Selang 2 hari, kami ke klinik semula utk buat ujian darah kali ke-5, dan kali ni keputusan AOB agak menurun sedikit, iaitu 11. Doctor cakap kalau boleh mesti kena kurang lagi, jadi dia mintak utk dtg sekali lagi selang 3 hari. And kali ke-6 buat blood test, alhamdulillah. Kali ni result ujian darahnya kadar bilirubin dalam darahnya semakin kurang, menurun dengan bacaan 8.6. Doctor puas hati and dia
cakap tak perlu datang lagi untuk buat blood test seterusnya. Tapi nurse ada
bagi tahu, kalau baby kurang active and Nampak kuningnya tak berkurangan, dia
advise kami supaya bawak baby ke klinik semula dengan segera.
Dalam tempoh nak turunkan bacaan bilirubin dalam darah baby tu, saya
ada jugak mandikan baby dengan ubat yg dibeli dari kedai sen seh. Suami saya
mandikan 3 kali dengan air ubat tu, selain saya pun bagi baby susu dengan lebih
kerap. Alhamdulillah, akhirnya paras bilirubin dalam darah makin turun.
Saya sempat bertanya pada doctor, result blood test yg macam mana akan
menyebabkan baby di tahan di wad kanak-kanak. Doctor kata blood test result
melebihi 15 maka baby akan dirujuk ke hospital dan di tahan di wad. Untuk
result yang normal ialah 8 dan jika lebih dari 10 Cuma perlu di pantau dari
masa ke semasa. Sebab tu la saya kena berulang ke klinik beberapa kali. Selagi
blood test result tu tak memuaskan hati doctor, selagi tu kena datang buat
test. But now, Alhamdulillah. She is fully recovered from it..
Pada ibubapa yg ada masalah macam ni, ada antara cara-cara yg boleh di
ikhtiarkan. Ini melalui pembacaan saya sahaja dan bukan dari pengalaman ye. Cuma
nak share cara-cara lain yg dicadangkan oleh orang lain. Antaranya ialah:
Susukan bayi
sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.

Anggur hijau di
ambil sedikit airnya dan diberikan kepada bayi.
Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Health,
Parenting
Monday, July 1, 2013
She's the last one
Ok, like what I said in my previous entry, my new baby girl was the
last one. Lepas ni dah takde lagi. Kenapa? Meh saya kongsi cerita, hopefully
kepada mereka-mereka yg akan melalui pengalaman yg sama seperti saya ni boleh
jadikan cerita saya sebagai panduan. InsyaAllah.
Saya sebenarnya teringin sangat nak merasa bersalin secara normal. Tapi
apakan daya, dua kali saya try sebelum ni tetap tak boleh jugak. Mak saya kata
mungkin tulang punggung saya kecik sebab tu tak boler bersalin normal. Anak
pertama, saya kena induce sebab dah overdue. Lepas induce rasa contraction
datang menggila, sakit macam nak terbalik je katil tu saya rasa. Siap gigit
bantal, gigit tilam segala sebab nak get over rasa sakit contraction tu. 13 jam
saya duduk dalam labour room. Bayangkanlah saya menahan sakit selama 13 jam
tanpa apa-apa ubat tahan sakit. Memang rasa macam nak putus nyawa. Doctor
datang check jalan every now and then, but still the progress was the same.
Paling besar bukaan Cuma 5cm. Then doctor pakar datang, lepas dah lebih 13 jam
duduk dalam labour room tu baru dia kata, “hantar pergi c-zer” lebih kurang
macam tu la ayat dia. So, redha la saya dibedah untuk pertama kalinya. Dalam
hati memang rasa takut, tapi saya serahkan semuanya kepada Dia. So selamatlah
baby boy keluar lepas c-zer. My 1st baby was boy born on 16/10/2004.
Ok, tamat cerita bersalin secara c-zer baby yg pertama.
Then tahun 2008, saya disahkan pregnant anak kedua. This time saya rasa
macam boleh bersalin normal. Disebabkan saya ada masalah GDM (diabetis in
pregnancy) so doctor nasihatkan saya di induce bila sampai due datenya, tak
perlu tunggu overdue. Lepas induce, sakit contraction datang. This time lagi
dasyat, sampai rasa macam nak teran baby keluar. But still tak boleh sebab
jalan baru bukak 5cm. Saya siap cakap dgn doctor tu suruh dia c-zer je saya,
tapi kena marah balik dgn doctor. Hahaha. Kali ni saya duduk dalam labour room
8 jam. Bila contraction kuat datang, nurse offer suruh sedut gas. Dapatlah
mengurangkan rasa sakit contraction tu, and dapatlah saya lelapkan mata dalam
setengah jam macam tu. Tapi bila dah few hours, jalan masih 5cm, then doctor
pakar suruh siap-siap utk c-zer. Wah, dalam hati time tu dah cakap “kena c-zer
lagi?” Takpelah, dah rezeki nak kena c-zer lagi, so terima sajelah seadanya.
Alhamdulillah, my 2nd baby pulak girl and lahir secara cesarean
juga.
Lepas dah dua kali c-zer, doctor dah inform “puan, kalau puan
mengandung anak no.3 pun nanti kena c-zer jugak ye”. Baiklah doctor, saya
terima saja apa yg doctor cakap & saya tahu mmg itu sahaja jalan yg paling
selamat untuk saya. Lepas tu doctor ada cakap lagi “no. 3 tu maybe anak puan yg
last ye, lepas tu kita advise puan untuk ‘ikat’”
Ok, masa tu saya tak fikir apa pun. Cuma cakap dalam hati “ala,
takpelah… no.3 tu lambat lagi”
Lepas tu, tahun lepas saya di sahkan pregnant. Bermula lah persoalan “confirm
ke ni baby last?”.
Bila start buat buku pink tu, saya mmg sentiasa di monitor oleh doctor.
Kalau org mengandung normal & takde masalah, takdenya dapat jumpa doctor
selalu. Tapi saya ni “special case” tambah pulak pregnant ke-3 ni pun ada
masalah kencing manis, bertambah special case saya lah kan. Memang perlukan
pemantauan dari doctor. Bila dah penghujung trimester, setiap kali check sure
nurse tanya “ni yg last ye puan?” hahaha. Saya pun jawab je lah “ye”. Then bila
tiba masa nak bersalin, bila air ketuban dah turun & tengah tunggu doctor
suruh pergi OT, time tu doctor pakar bagitau macam-macam risiko kalau saya masih
nak teruskan mengandung anak no.4.
Sebelum tu lagi saya dah berbincang dengan suami, nasib baik la dia
terima je apa pun keputusan yg saya buat. Sebab dia tahu, yg membawanya saya
dan yg berisiko tu pun saya jugak. Apa-apa jadi kemudian hari nanti dia jugak
yg susah.
Saya ingat lagi doctor tu cakap, “puan berhak utk kata tak mahu ‘di
ikat’ sebab itu memang hak puan, tapi saya boleh nasihatkan dan bagi tahu
risiko-risisko yang mungkin puan akan hadapi sekiranya puan mengandung lagi”. Banyak
risiko yg doctor tu sebut tapi yg paling saya ingat, perlekatan rahim dengan
organ dalaman yg lain dan dinding rahim berkemungkinan pecah atau koyak bila
kandungan semakin membesar. Ngeri bunyinya kan?
Doctor tu ada jugak cakap, kalau tak nak buat prosedur ‘ikat’ tu
sekarang pun boleh. Ye lah, dia kata kalau nak tgk dulu keadaan dinding uterus
dan ‘kecederaan’ dalaman disebabkan pembedahan sebelum ni pun boleh. Kalau kat
dalam tu elok, doctor kata ada peluang nak mengandung lagi, tapi kalau teruk
memang doctor nasihatkan terus ikat. Jadi saya dalam masa yg sama berfikir,
risiko tinggi kalau mengandung lagi, kalau nak tunggu doctor operate & tgk
previous scar ok tu kira nasib baik lah. Kalau lepas operate nanti doctor kata
previous scar dah teruk & tak boleh mengandung lagi, satu hal pulak nak
kena buat appointment untuk operate lagi sekali. Oh, tidaklah. Nak potong untuk
kali ke 4 just utk prosedur ‘ikat’. Takpelah. Biar la sekali jalan je sakitnya.
So bila dah dengar semua penjelasan panjang lebar dari doctor, saya pun
cakap kat doctor “oklah doctor, saya setuju utk ikat”
Makanya saya turunkanlah tandatangan pada borang utk c-zer dan juga
borang utk prosedur ‘ikat’ sebelum saya disorong ke operation theater. Suami
saya pun tandatangan borang yg sama, sebagai persetujuan bersama la kiranya. So,
begitulah cerita kenapa baby saya yg ni baby last. Saya tak nak ambik risiko,
maka 3 sahaja la anak kami.
Oh, lupa nak cerita. Saya buat check-up dekat klinik kerajaan, dan saya
bersalin juga di hospital kerajaan. Sebenarnya mmg doctor hospital kerajaan bagi
peluang lagi kepada mereka yg dah 3 kali c-zer utk cuba mengandung kali ke-4,
tapi semuanya bergantung kepada keadaan luka dalaman dari kesan dua kali pembedahan
sebelum ni.
Jadi, bagi mereka yg berkemungkinan melalui pengalaman seperti saya,
diharapkan sedikit sebanyak dapat maklumat berguna dari cerita saya. Mudah-mudahan
segalanya dipermudahkan untuk anda.
Labels:
Baby stories,
Health,
Interesting facts,
My Precious
Friday, June 28, 2013
She is my new baby girl
Assalamualaikum wahai blog ku yg
dah lama ku tinggalkan…
Hamboiiii sangat hover kan dah berapa lama tak update blog, nak dekat
setahun dah. Gila lama tak update kan. Baik tutup je blog ni ye tak?
Eh, janganlah tutup. Sayang pulak nak tutup. Walau entry setahun sekali
je ada, tapi sebenarnya hari-hari ku log-in masuk blog ku yg sendu ni. Sebab
nak baca blog org lain yg dekat side bar tu la. Kalau tak kerana nak baca blog
org, mmg lupa la gamaknya dengan blog sendiri ni.
Oklah, tak payah nak merepek panjang-panjang pasal tu. Just nak cerita perkembangan
terkini keluarga je, cewah budget cam kau artis pulak nak cerita perkembangan
terkini. Hahaha… Takpelah, sekali sekala
perasan jadi artis takde sape kesah pun kan :p
Well, kalau ada kawan-kawan yg baca blog ni yg ada dalam friend list FB
saya, mesti dah tau ahli keluarga saya dah bertambah lagi sorang. Ye, saya dah
bersalin pada 04/04/2013 lepas. Awal 4 hari dari tarikh yg sepatutnya doctor
dah schedule kan utk c-zer. Sepatutnya doctor nak c-zer saya on 08/04/2013 tapi
baby ni dah tak sabar sgt agaknya nak jumpa mummy, tu yg pukul 1pg 4hb tu dia
kasi bocor kan mummy dia punya air ketuban. Mummy pun kena la pergi hospital
serah diri utk di c-zer lebih awal dari tarikh yang dah diberi.
Alhamdulillah, baby & mummy selamat. Takde complication during the
operation process. Tepat pukul 5.03 am, lahir la baby ke tiga kami. Berat baby
is 4.22kgs and 55cm long, dia yg paling besar antara abang dan kakaknya. Disebabkan
berat baby exceed 4kgs, so doctor decide utk tahan dia dekat wad utk buat few
test. Ye la, maybe doctor takut baby ada penyakit-penyakit lain so dia suruh la
baby duduk kat wad for 2 days. Dan saya, jumpa baby sekejap sgt, masa dalam
operation theater, nurse ke assistant doctor yg hulurkan pipi baby utk saya
cium. Dapat tgk pipi dia je time tu sbb pipi dia je yg paling terserlah sekali
ketembamannya. Hahaha.
Then after saya di discharge ke wad, dudukla saya sorang-sorang 2 hari
tanpa baby. Nak pegi tgk baby kena guna wheel chair. Wheel chair nye selalu
takde dekat wad, so tunggu je la sampai baby discharge dari wad kanak-kanak.
Alhamdulillah, lepas few test doctor buat, baby saya ok. Cuma ada sikit jaundis
and needs to follow up dekat klinik kesihatan biasa.
Lepas tu nak pilih nama baby pun ambik masa jugak, dah 6 hari baby
lahir baru la kami sepakat letak nama dia Nur Syarah Jazmina. Makna dia dah
lupa pulak, yg saya ingat Jazmina = keazaman, Syarah tu terlupa apa makna dia.
So ini la dia permata hati kami yg ke tiga dan juga yg last. Hehe. Kenapa
dia last? Kemudian saya cerita. Amboi macam rajin sangat nak update blog siap
to be continue pulak eh.. Hahaha
*pics taken when she was only 1 day
Nur Syarah Jazmina Binti Jasmin
DOB 04/04/2013 (5.03am)
POB Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Weight 4.22kgs
Length 55cm
Labels:
Baby stories,
My Precious
Friday, July 20, 2012
Ramadhan datang lagi
Alhamdulillah. Esok semua umat Islam di Malaysia akan mula
berpuasa. Seronok rasanya, lebih-lebih lagi tahun ni tahun pertama saya
berpuasa di rumah sendiri. Bukannya sebelum ni tak seronok, tapi bila dah duduk
sendiri ni perasaan seronok tu bertambah seronok sangat. Hihihi…
Tahun ni tahun ke dua Danish berpuasa. Hopefully dia dapat puasa
penuh. Tahun lepas dalam seminggu jugak dia tak puasa. Reason, dia demam & mummy
dia terlajak waktu sahur. Bila puasa tu, makin kurus la jawabnya. Tapi takpe, dia
yg excited nak puasa. Saya sebagai mak lagi seronok tgk dia excited nak
berpuasa. Danish kata nak puasa penuh tahun ni, mudah-mudahan tercapai la
cita-cita dia tu.
Saya juga berharap tahun ni dapat buat solat tarawikh
berjemaah dekat surau. Tak dapat hari-hari pun takpe lah, janji dapat pergi
sekali sekala pun dah ok sgt. Sekarang dah duduk dikalangan jiran yg mostly
Melayu, senang sikitlah nak jumpa surau. Even dekat kuarters tu sendiri ada
surau & mmg ada solat tarawikh berjemaah. InsyaAllah, malam ni berhajat nak
solat tarawikh berjemaah dekat sana .
Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih bermakna kepada saya
sekeluarga. Banyak yg saya inginkan, lebih-lebih lagi bab mendekatkan diri
dengan DIA. Rasanya dah terlalu lama saya kurang ingat kepada Nya. Hmmm… tak
malu ke saya duduk kat bumi ni tanpa bersyukur kepadaNya? Sebelum Dia tarik
nikmat yg dah diberikan, sblm pintu taubat ditutup, sblm matahari terbit dari
barat, lebih baik saya sujud syukur kepada Dia yg Maha Esa. Ya, mudah-mudahan
perubahan positif yg saya inginkan ini akan saya dapati dalam bulan Ramadhan yg
penuh mulia ini. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jadi saya
kena kuatkan semangat utk jadi ummah yg lebih baik selepas ini.
Ok, tinggalkan seketika cerita tadi. Saya nak cerita tentang
projek saya & adik utk bulan Ramadhan ni jugak. Tahun ni merupakan tahun
pertama saya cabar diri saya utk buat jualan kuih raya. Bukan jadi agen orang
ya, tapi saya bakar sendiri kuih raya utk jualan tu Projek ni saya yg punya
idea, tapi kalau saya nak buat sorang mmg jawabnya meraung la saya. So, saya
mintak tolong adik saya jadi pembantu. Nasib baik dia ok, maka minggu lepas
bermula la projek utk buat sample kuih raya. Tapi saya bukan buat banyak jenis,
cuma empat jenis saja. Boleh la utk permulaan. Alhamdulillah, setakat ni order
yg masuk amat memberangsangkan. Jualan pun setakat kawan-kawan dekat office,
kawan-kawan adik saya, kawan-kawan sepupu saya dan sedara mara. Jual online?
Hmmm… saya agak keberatan, melainkan ada yg nak datang ambik sendiri dekat
rumah saya. Haaa… yg itu boleh. Ok, kuih raya yg masuk dalam list jualan saya ialah:-
1) Irish Cookies - RM20/50pcs
2) Almond London - RM25/50pcs
3) Suji Brunei - RM22/50pcs
4) Red Jewel - RM25/50pcs
Mudah-mudahan ada rezeki anak-anak di bulan Ramadhan ini.
InsyaAllah, Amiinnnn…
Sebelum the end, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan
buat semua pembaca blog saya ini. *macam ramai sgt yg baca blog ni kan * Hahahaha..
Semoga kita semua memperoleh keberkatan di bulan yang mulia
ini. InsyaAllah.
Labels:
Faith and Religion,
My lil' Biz,
Ramadhan al-mubarak
Monday, July 9, 2012
Perkara menyakitkan hati di atas jalan raya
Pernah tak awak rasa sangat-sangat annoying dengan kereta kat depan yg bawak slow macam siput tapi ada hati nak duduk kat lane kanan? Pernah tak? Pernah tak? Confirm pernah kan.
Selama saya jadik co-driver ni, lebih-lebih lagi hari-hari melalui jalan yg sama Pasir Gudang - Tampoi setiap hari, memang selalu sgt lah berdepan dengan situasi macam ni. Yg peliknya, driver kereta depan tu boleh selamba badak dia je bawak makan angin duduk kat lane kanan even dah kena 'cucuk' dengan kereta kat belakang dia tu kan. Eh! Dia orang ni tak nampak ke kereta kat belakang tu dah rapat pun masih boleh lenggang kangkung bawak kereta dgn kelajuan 60-70km/jam dekat jalan yg halajunya 90km/jam. Ada yg lagi agak kurang beradab sopan, dah kena bagi lampu tinggi (high beam) pun masih boleh buat tak tau je ok. Wahhhh!!!! Mmg panas hati kalau jumpa pemandu macam ni. Macam jalan tu dia sorang je yg bayar road tax ek?
Ohhh... Tolonglah. Tak belajar undang-undang jalanraya ke? Kalau dah tentu-tentu awak tu nak bawak kereta slow, ke tepilah... Bawak dekat lane sebelah kiri, kan lane kiri tu mmg dikhaskan utk awak bawak slow, kenapa mesti nak bawak slow tapi duduk kat lane belah kanan? EEEIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! Sangat-sangat menyakitkan hati tau!
Apa yang saya tengok dekat jalanraya sekarang dah terbalik. Orang-orang bawak slow semua duduk kanan, sesiapa nak laju kena memotong sebelah kiri. Entah cikgu memandu mana yg ajar diaorg macam tu agaknya. Menyusahkan orang dan tak tahu nak bertimbang rasa.
Itu baru kes bawak slow kat lane kanan, belum lagi kes yg nak masuk or keluar simpang yg tak reti nak bagi signal. Orang spesis macam ni paling menyusahkan orang, sebab dia jugak la orang lain boleh accident. Agaknya dia punya tahap kecerdasan otak mmg teruk sangat, sbb tu tak pandai nak pasang lampu signal kalau nak belok. Orang-orang macam ni kan, macam mana diaorg boleh lulus ujian memandu dengan JPJ eh? Ke dia tak pergi ujian tapi beli lesen terbang je? Kenapa mesti ada orang macam ni kat atas jalanraya? Aduhaiiii boleh jadik stress kalau berdepan dengan situasi orang bongok macam ni tau.
Tapi saya tak kata semua pemandu macam tu, ada situasi yg sama tapi di jalan yg berbeza di JB ni kalau nak dibandingkan ditempat lain. Contohnya kalau memandu di KL. Wahhh!!! Saya suka pemandu-pemandu di sana, sangat bertimbang rasa dengan pemandu lain. Kalau mereka memandu agak slow di lane kanan, dan ada kereta lain yg lebih laju di belakang, secara automatik pemandu yg slow tadi akan beri signal ke kiri dan dengan selamat mereka beralih memandu ke lane kiri. Dan dalam apa jua situasi mereka, nak beralih lane, nak masuk simpang, nak keluar simpang, lampu signal akan sentiasa di pasang mengikut kesesuaian. Sangat bagus sikap pemandu sebegini. Tapi tu lah, dekat JB ni dah susah nak jumpa pemandu yg berhemah macam ni. Mmg susah sangat, macam kalau ada pun dalam nisbah 1:100 agaknya.
Kalau anda tanya saya macam mana suami saya memandu, dia mmg org yg jarang bawak slow. Jadi kalau pergi balik kerja tu mmg dia akan memandu di lane kanan sahaja lah. Tahu-tahu sajalah kalau dah duduk di lane kanan, confirm meter tu akan naik sampai 100-110km/jam walaupun di lebuhraya Pasir Gudang. Jangan time laju-laju tu tetiba jumpa orang bawak slow, lepas tu tak nak beralih ke lane kiri, mmg hangin la jawabnya.
So, kepada anda yg selalu memandu, pastikan anda memandu di lorong yg betul. Kiri utk perlahan dan kanan utk laju. Janganlah sampai anda menyusahkan orang lain yg nak memandu dengan laju, manalah tau kot-kot diaorg tu ada kecemasan kan, jadi anda beralih la ke lorong kiri. Sesuai dengan kelajuan anda. Beri lampu isyarat atau signal sekiranya anda nak belok kiri atau kanan. Jangan disebabkan kecuaian anda mendatangkan masalah/bencana kepada orang lain. Jadilah pemandu yg berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.
Contoh muka saya kalau tengah sakit hati. Voley???

My POV
Wednesday, July 4, 2012
Kenapa saya dah lama tak update blog?
Sebab saya MALAS.... voley jawab gitu? Hahahaha!!! Diam tak diam dah berapa bulan saya tak update? Dekat 6 bulan rasanya. Punyalah pemalas kan. Sabar je lah...
Seriously, sekarang ni saya lebih suka membaca dari menulis. So, masa terluang saya dekat office mmg saya habiskan dengan membaca blog orang lain ataupun forum. Sekarang ni tak susah nak menimba ilmu, semua ada kat hujung jari. Nak cari maklumat apa pun, Google saja. Nak tgk peta, Google saja. Nak tau tempat terjemahan perkataan, Google saja. Nak tau alamat pejabat sekian sekian, Google saja. Pendek kata semua maklumat yg kita nak kita boleh dapat dengan Google.
Disebabkan saya sgt suka membaca forum (kadang-kadang join gak diaorg berceloteh), dan lebih mengGoogle maka sebab itu blog ini saya biarkan sepi tanpa sebarang entry. (Ala, kalau saya rajin update pun ada ke org yg rajin datang nak baca?) Hihihihi...
Sebenarnya byk perkara berlaku sepanjang 6 bulan ni. Saya pindah rumah (duduk sendiri adalah lebih best), dapat offer kerja lain (tapi saya lepaskan sebab sayang pulak nak tinggalkan kawan-kawan & kerja kat sini relax), dipanggil interview untuk sektor kerajaan (rezeki dgn government ni mmg ada gamaknya, ini kali kedua dipanggil interview nih), mama saya bertemu jodoh baru (ni baru je dalam minggu lepas), ayah saya buat bisnes paste masakan (ohhh... sgt sedap paste lauk-pauk yg makcik saya sediakan tu) dan macam-macam lagi lah. Tak ingat semua, tapi ini antara yg saya sempat ingat. Hihihi...
Oh ya, saya dah start bisnes brownies saya semula. Pada sesiapa yg nak rasa brownies saya boleh la order ye. Penghantaran dengan poslaju dibuat ke seluruh Malaysia. Jangan lupa click like di FB brownies saya -> BakeABrownies
Ini antara brownies yg saya buat. Baru-baru ni sepupu saya order utk majlis resepsi adik dia, Alhamdulillah... Brownies saya yg saya buat tu habis dulu. Hihihi... semua kata sedap. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi mmg sedap pun. Kalau nak rasa, sudi-sudilah menempah ya. Boleh email di order.bakeabrownies@gmail.com. Kalau nak tgk listing brownies yg saya buat, sila bukak FB ye.
Eh, ni dah macam entry nak promote brownies pulak. Hahaha. Takpelah, sambil menyelam minum air, ye tak?

Amacam, terliur tak tgk brownies mummy saya buat tu?
Hihihi :)
Tuesday, January 10, 2012
Org lain guna ok, but saya tidak... pftttt
I'm sure most of you pernah dengar tentang keberkesanan, kebagusan, keterreran produk Safi Rania Gold kan? Ye, mmg ramai yg tahu punyalah. Disebabkan ramai yg bagi feedback bagus untuk produk tu, so saya pun dengan semangat berkobar-kobar nak mencubanya jugak.
2 minggu lepas saya pun beli produk SRG ni dekat Tesco, bukan complete set pun. Yg saya beli gel pembersih, toner, moisturizer & krim kontur mata. Lepas 2 hari saya guna, naik bintik-bintik jerawat halus dekat bahagian anak rambut. Dalam masa yg sama, saya juga try Serum yg di recommend kan oleh sorang kawan saya. Produk from Neutical, Serum for Open pores, scars & Scar Potion. Saya fikir mungkin tu salah satu simptom dan akan baik dalam tempoh 5 hari. So, saya teruskan penggunaan kedua-dua produk berkenaan. Masuk hari ke empat, muka saya start dari bahagian rahang sampai ke dagu jadi gatal-gatal dan macam kering terkelupas. But, saya masih fikir tu mungkin simptom ringan saja. Tapi bila ada satu hari tu en.suami tegur, katanya muka saya naik biji-biji kat pipi macam rashes, saya dah start risau. Adik saya pun cakap benda yg sama, muka saya macam menggerutu. Jerawat takde, tapi permukaan kulit tu tak licin. Start dari haritu saya stop guna toner & moisturizer SRG dan juga serum & potion, tapi masih terus menggunakan gel pembersih. Masalah gatal muka masih berterusan. Makanya cukup seminggu saya guna produk tu, saya pun terus stop semua. En.suami saya yg suruh saya berhenti guna, takut melarat macam dulu, keluar jerawat berketul-ketul kat muka. Cukup lah saya sengsara selama setahun lebih gara-gara muka berjerawat dulu.
Jadinya, skrg dah seminggu saya stop SRG dan hilang sudah rasa gatal merenyam dekat muka saya ni. Now saya continue dengan my miracle Cetaphil Gentle Cleanser dan Neutrogena Skin Combination Moisturizer. Tak kisah la guna 2 produk ni pun takpe, dah mmg jodoh kulit muka saya dengan dia saja. Hahaha. Tunggu kulit saya berehat dalam tempoh 2 minggu ni, lepas tu saya akan cuba guna semula serum yg ada. Sayang serum beli mahal-mahal tapi tak guna. If mmg betul kulit saya tak sesuai dgn serum tu baru saya fikir utk let go pada sesiapa yg sudi. Hehehe.
Kulit muka saya teramatlah sensitif dan tak boleh suka-suka nak try sebarangan produk. Ada kawan saya suggest ambik injection dekat pakar kulit utk selesaikan masalah kulit sensitif saya ni. Tapi memandangkan kos sekali injection tu dah RM250, so saya lupakan dulu hasrat tu.
Labels:
Beauty Stories
Blue Sky :)
I love this pics :), taken by Danish when we went to clean our new house :)
It's a government quarters actually and it is an apartment :)
Will post more pics afterwards :)
It's a government quarters actually and it is an apartment :)
Will post more pics afterwards :)
Haha, jangan terperanjat ye, ini bukan makhlus halus :p
This is my anak dara, pics also snap by my son, Danish :)
Labels:
My Precious,
The House
Wednesday, January 4, 2012
Naik sekolah lepas 6 minggu cuti
Fuhhh... diam tak diam sekejap je anak bujang saya dah naik darjah 2. Rasa macam baru je saya cerita Danish 1st day at school last year. Tapi harini dia dah start sekolah in standard two. Wahhhh... anak mommy dah besar!!!
Kalau last year saya ambik cuti 3 hari utk hantar & tgk progress dia dekat sekolah macam mana. Tapi tak sempat habis 3 hari cuti pun, hari kedua saya tgk dia dah ok so saya cancel cuti hari ke tiga. Tahun ni saya dan suami tak bercuti, sebab dia still di sekolah yg sama. Dah tahu surrounding macam mana, so kami pun let him go. Danish dah besar, boleh berdikari sendiri. Saya dah hubby pun taklah risau sgt.
Alhamdulillah, Danish still in the same class. Nasib baik tak kena turun kelas. Result periksa hujung tahun last year dia dapat Band 4. Saya belum buat kaji selidik lagi apa BAND tu. Tapi ada la info sikit-sikit yg saya dapat dari kawan yg saya jumpa masa nak ambik buku teks Danish beberapa hari lepas. Band paling bagus is Band 6 - Cemerlang, paling teruk Band 1 - corot. So, kedudukan Danish terletak kat tengah-tengah la kiranya. Band dikira dari keseluruhan aspek seseorang murid terhadap sesuatu pelajaran. Bukan setakat masa jawab periksa saja, tapi dari segi pembawakan seorang murid di dalam kelas utk subjek-subjek tertentu. Dari segi perangai, usaha, tumpuan dalam kelas, penglibatan diri, etc etc etc... semuanya akan diambil kira dan dinilaikan tahap BAND berapa murid tersebut. Nanti saya akan selidik lagi dengan pakcik google tentang sistem KSSR Band ni ye.
Hmmm... Buku teks & buku tulis semua dah ready sebelum naik sekolah. Itupun baru malam tadi saya tulis nama & sampul bukunya. Hahaha. Nasib baik sampul buku sekarang segera, tak perlukan gunting & selotape lagi. Jimat masa. Hehehe. Bukan macam zaman dulu saya sekolah, still guna manual plastik utk sampul buku :) Tahun ni masuk sekolah cuma perlukan duit buku saja, yuran semua tak dikutip melainkan yuran PIBG. Tapi itu pun dikutip lepas PIBG mesyuarat. Mmg banyak jugak jimatnya. Macam tahun lepas, bayar yuran saja nak dekat RM100, but this year 0, tiada yuran yg perlu dibayar. Bersyukur sangat sebab kerajaan tanggung semuanya :)

Kita jalan-jalan ke Melaka - Day 2 & 3
Sebenarnya entry ni dah duduk kat dlm draft folder agak lama, tak sempat nak edit & publish. Dah agak basi nak cerita pasal jalan-jalan Melaka kan. Dah dekat 3 minggu pun balik dari Melaka, still tak sempat nak menghabiskan story. So, harini ada masa sikit time lunch kat office so kita publish terus la ye. Anyway, kali ni quick update. Kita tgk gambar saja ye. Cerita tu sikit-sikit je.
2nd day at Melaka, dah tengahari baru start enjin. Lepas park kereta kat Mahkota Parade, had quick lunch at Food Court Dataran Pahlawan Mall and then kami jalan kaki ke A Famosa.
Nak makan kat sana pun kena tunggu lama. Orang punya la ramai sampai takde tmpt nak duduk.
3 of us, ayahnya of course la tak masuk dlm gambo sbb dah dia yg tukang amek gambonya...
Tmpt org campak duit kat atas bukit A Famosa.
Gigih pegang payung sampai kemek-kemek payung tu sbb angin kuat sgt tp tetap nak amek gambo jugak...
View from the hill
View from top of the hill
Gila tinggi nak naik atas bukit ni, semput mak daki tangga dari bawah sampai atas tau...
Tapi time nak turun tu relaks la kan..
Muzium Kesultanan Melayu, nak masuk kena bayar tiket. Lupa pulak berapa.
Banyak pameran pakaian, dari kurung tradisional ke pakaian kesultanan.
View from the outside
Naik beca from A Famosa to Jonker Street - RM10 utk satu beca. Kami naik 2 beca = RM20
Baik naik teksi lagi murah... hahaha... tapi sebab nak bagi anak-anak merasa naik beca + dah penat naik turun tangga dekat A Famosa tu, so naik la jugak. Hehehe
Saya duduk beca yg depan tu dgn anak dara, beca yg belakang ni hubby duduk dgn anak bujang dia. Sebelum pegi Jonker Street, kami pergi sini dulu.
Jalan-jalan tgk souvenier, beli jugak la t-shirt cap ayam kat sini.
Serius nama baju tu cap ayam tau.
Hahaha.. sape lagi kalu bukan cameraman rasmi kitaorg everytime berjalan.
Kesian sbb takde gambo dia lagi, so saya offer utk jadik camerawoman dia pulak.
Berposing la kat sini ala-ala model kan... hahaha
Anak dara saya tak ketinggalan jugak nak posing ala model. :p
Ok, yg ni kompem bukan posing ala model ye. Ni gambo suka hati si cameraman ni nak snap gaya hape tah saya nak duduk...
Lepak kat sini agak lama sbb anak dara saya kepenatan, dekat sejam jugak la duduk melanguk kat tangga ni tgk org lalu lalang... hehehe
Lepas anak dara saya dah ok, kita jalan ke Jonker Street pulak.
Seriously, saya tak berapa gemar kawasan ni. Sebab dipenuhi dgn kaum Cina saja, dari jual makanan ke segala souvenir. Kalau jual souvenir tu boleh la kita beli. Tapi part makanan tu mmg saya was-was. Sampaikan anak bujang saya nak air cedok tu pun saya sangsi nak beli, last-last belikan dia mineral water.
For me, I don't like Jonker Street. Too sesak.
Masa ni pasar malam dia baru nak bukak, so time ni still ok lagi tak sesak sgt.
3rd day kita pergi zoo, sebab danish sibuk sgt nak masuk zoo. Pergi la jugak.
Penat berjalan dalam zoo dekat 2 jam. Anak dara saya dah start nak buat perangai, nasib baiklah masih boleh handle lagi.
Danish naik kuda, satu pusingan RM berapa tah, tak ingat. Mia takut, so dia tgk dari jauh je lah.
Thats all, habis la cerita jalan-jalan Melaka edisi basi dah melampau. Hahaha.
Next trip, plan to visit USS in June. Hopefully ada rezeki boleh jejak kaki ke sana. :)
Labels:
Vacation stories
Friday, December 30, 2011
Bermula 1 Januari 2012
Mencari makanan halal itu wajib disisi setiap umat Islam. Sejak saya tahu logo halal boleh dibeli dengan harga RM5K yg saya jumpa di internet, saya menjadi lebih berhati-hati untuk tidak makan di sebarangan restoren. Lebih-lebih lagi restoren yang meletakkan logo halal swasta yg meragukan. Hasil daripada peng'google'an saya, ada 6 logo halal keluaran swasta yg diharamkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Syarikat-syarikat tersebut ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. Walaupun saya berada di Johor, tapi saya rasa ia tetap boleh digunapakai di seluruh negara. Lagipun artikel tentang pengharaman keenam-enam logo pernah diterbitkan oleh KOSMO! Boleh klik sini utk maklumat lanjut.
Sehubungan dengan itu, JAKIM telah menetapkan untuk tidak memberi kelonggaran kepada mereka yg mengusahakan perusahaan makanan menggunakan logo Halal yg lain selain dari yg dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh klik utk pembacaan lebih lanjut di ondscene.
ciri-ciri:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo Halal Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri:-
Jadi kita sebagai umat Islam perlu lebih cerewet dalam menentukan apa yg boleh kita makan dan apa yg tak boleh kita makan. Ingat, dari makanan akan menjadi darah daging. Dan ia juga akan melambangkan personaliti kita. Kita adalah apa yg kita makan.
Antara logo HALAL yg di HARAMkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Sehubungan dengan itu, JAKIM telah menetapkan untuk tidak memberi kelonggaran kepada mereka yg mengusahakan perusahaan makanan menggunakan logo Halal yg lain selain dari yg dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh klik utk pembacaan lebih lanjut di ondscene.
*Artikel dibawah Sumber dari infozi.com
Logo Halal yg dikeluarkan oleh JAKIM:-
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo Halal Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri:-
logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
’10′ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Kod pendaftaran halal bagi JAIN/MAIN seperti berikut:
H – 01 Johor
H – 02 Kedah
H – 03 Kelantan
H – 04 Melaka
H – 05 Negeri Sembilan
H – 06 Pahang
H – 07 Pulau Pinang
H – 08 Perak
H – 09 Perlis
H – 10 Selangor
H – 11 Terengganu
H – 12 Sabah
H – 13 Sarawak
H – 14 Wilayah Persekutuan
Jadi kita sebagai umat Islam perlu lebih cerewet dalam menentukan apa yg boleh kita makan dan apa yg tak boleh kita makan. Ingat, dari makanan akan menjadi darah daging. Dan ia juga akan melambangkan personaliti kita. Kita adalah apa yg kita makan.
Labels:
Faith and Religion,
Food review
Subscribe to:
Posts (Atom)