CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 30, 2010

I really like her :)

*My 1st attempt to write in English.

Long silence since my last post.

I just don't know what to share, too many things happened.

But lately, I enjoyed reading others blog and now I begin to really like this one nice lady blog.

She is so cute, comes from a rich family but really down to earth type of person, family oriented girl.
But, not to include her sense in fasion. What a high taste that she had.
Maybe it's normal to them, with the money that they had. So, they can buy whatever they wanted to.
She is a malay girl, but her writing in English really inspired me and that is why I'm writing in English right now.
*Mind my vocabs & grammar, maybe it is not perfect. But practise do make perfect right?

I just don't know why I adore her so much, even she was only 23 (I guess) but her writing didn't sounds like her age.

I know, maybe she doesn't even know me, but hey, who cares?
I enjoy reading her blogs, enjoy her stories about her family, fashion, friends, bla bla bla...

In case any of you wants to read about her mumbling any of the above list, do visit her blog (web actually because she used domain name).

I'm wondering, why am I writing like a blog reviewer? (^_^)

Friday, October 15, 2010

Esok Birthday Danish (16/10/10)

Berturut-turut pulak entry pasal birthday ni kan... :)

Ye, ahli keluarga kecik saya yg 4 org ni (termasuk saya) akan berturutan sambut hari ulangtahun.
Saya sendiri bulan 8, anak dara saya bulan 9, anak bujang saya bulan 10 & en.suami saya bulan 11...
Dan aniversarry saya & en.suami juga bulan ini. Elok je tersusun kan :)

Alhamdulillah, esok genap la umur anak bujang saya tu 6 tahun.
Kejap je masa berlalu... rasa cam baru je haritu saya sakit nak melahirkan dia...
Sekarang dah besar pun anak mommy. :)

Esok saya dah rancang utk buat majlis kecil-kecilan je, setakat panggil sedara mara & jiran terdekat utk celebrate birthday Danish. Kawan2 & teacher dia kat sekolah pun dijemput, tapi x sure la datang ke tak. Just jemput je lah kan.

Memula plannya nak buat birthday dia kat sekolah je, tapi disebabkan saya ni takut x sempat nak siapkan semuanya sensorang so saya cancel lah & bagi tau si tuan punya badan utk celebrate birthday dia kat rumah je. Tuan punya badan pun ok je, so saya pun bg tau dgn mama saya.

Bukanlah saya buat besar-besaran pun, cuma sket2 je. Sedara mara saya ramai, so panggil diaorg je lah utk memeriahkan majlis. Sekadar utk happykan anak saya pd hari ulangtahun dia je, so apalah salahnya kan. Lagipun bukan tiap2 tahun saya buat camni. Tahun ni je baru nak bg dia rasa. :)

Harini saya kerja 1/2 day, ptg ni macam2 nak dibuat. Makanan yg heavy2 bukan saya yg masak, tu saya mintak tolong makcik saya buatkan. Tp dessert tu saya la yg sediakan. InsyaAllah, kalau cukup masanya saya nak buat 3 jenis dessert. :)

To my darling Danish Irfan, bila dah besar nanti mudah-mudahan akan jadik org yg berilmu, menghormati org tua, taat pd suruhan agama & jadik tauladan yg baik pada adik2 ye. InsyaAllah... Mommy doakan Danish akan jadik Pilot satu hari nanti. Tu Danish punya ambition kan. InsyaAlah, belajar rajin2, jadik org bijak pandai mesti boleh punya. :)

Monday, October 11, 2010

Belated Anniversary - 10.10.10

Fuhhhh... lama gila tak update blog ni...
Kebizian melanda minggu lepas. Saya ambik cuti UPL selama seminggu utk jaga anak2 saya.
Ni semua gara2 bibik berdua tu balik kampung sebab suaminya/ayahnya meninggal.
Then, minggu ni saya hantar semula anak2 saya ke rumah babysitter yg dulu iaitu makcik saya.
Makcik saya ni jaga anak2 saya sejak diaorg kecik lagi. Start anak sulung saya umur 3 bln sampai la sekarang anak saya yg sulung tu dah masuk 6 thn and yg no.2 dah pun 2 thn. Cumanya masa bibik2 tu ada kat rumah, saya tak hantar lagi anak2 saya ke makcik saya.
Tapi sekarang dah balik semula macam dulu lah. Takpelah, nasib baik makcik saya tu masih nak jaga anak2 saya. Kalau tak, jenuh la saya nak carik org utk jaga anak2 saya ni.

Panjang pulak corner cerita. Huhuhu...

Actually, entry ni utk wish saya je. Hehehe...
10.10.10 iaitu semlm merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan saya yg ke-7 bersama suami tercinta.
7thn lepas (10.10.03) adalah tarikh keramat utk kami berdua. Ya, tarikh tu lah yg menyatukan kami berdua dengan ikatan suami isteri. Alhamdulillah, masih kekal ikatan itu hingga hari ini. Mudah-mudahan ianya akan terus kekal sampai bila2.

No celebration, no suprise. Disebabkan cik abg saya kena handle hari forum mental peringkat hospital dekat tmpt kerjanya seharian, so saya just duduk rumah je. Tahu2 jelah kalu tarikh cantik camni, kompem ramai yg pakat2 nak dirikan rumahtangga kan. So, semalam saya pegi jemputan dengan parents & anak2 saya. Nasib baik ada satu jemputan je.

Cik abg saya telah berikan saya 3 kuntum bunga ros. Owh... sungguh terharu.
Cuma timing dia kurang tepat lah. Dia beli bunga senyap2, then pukul 12tgh mlm tarikh 10.10.10, dia letak bunga tu kat sebelah saya. Saya pulak mmg dah ketidoran, sedar2 bilik saya terang & ada bunga pulak kat sebelah saya. Terpinga2 gak tgk bunga tu. Tapi disebabkan saya mengantuk, saya pegang bunga tu kejap pastu letak, then sambung tido semula. Huhuhu... Esok paginya baru saya belek bunga tu semula. Hahaha...

Saya tahu, cik abg saya mmg tak pernah baca blog saya ni, tapi tetap nak wish something for him utk saya baca sendiri di kemudian hari. Wishes for you dear;
Thanks for being such a great husband, a lover, a friend and a good dad to our children for all this year that we had gone through together. I'll always love you till end of my life.
Adat dlm berumahtangga kalau ada silap paham sikit, tapi tu semua kita boleh handle kan bang?
Mudah-mudahan ikatan suci kita ini akan terus kekal sampai bila2 :)
Aminnnn... :)